Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(045)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(045)

diperintah supaya bertaqwa dan diberikan panduan bermasyarakat.Orang-orang Islam hendaklah benar-benar bertaqwa dan bersatu padu, sesuai dengan firman Allah.
Aali-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا
Mereka diarahkan supaya berpegang teguh dengan tali Allah dalam membina masyarakat. Di kalangan umat Islam perlu sentiasa ada satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan, berda'wah dan menyampaikan ajaran agama merupakan suatu
kewajiban kemasyarakatan.
Umat Islam adalah sebaik-baik umat (خير أمة), matlamatnya ialah menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Umat Islam dibawa ke pentas
dunia untuk menyampaikan mesej Islam kepada manusia sekaliannya ( أخرجت للنس).Simpati dinyatakan terhadap Ahli Kitab bahawa alangkah baiknya jika mereka juga beriman (menerima Islam).(Ayat 110).

Setelah itu dinyatakan contoh-contoh keburukan Ahli Kitab di samping dinyatakan juga kebaikan tersembunyi pada mereka.

Antara mereka ada yang membelanjakan harta dan kekayaan kerana dunia, bukan kerana Allah.
Diperingatkan kepada mereka akibat buruknya: Umat Islam diberi peringatan agar tidak menjadikan
orang-orang bukan Islam sebagai teman rapat atauorang yang mengetahui rahsia mereka.

Aali-Imran 3:118

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا۟ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ ٱلْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

118. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil oranq-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Ini adalah polisi luar negara Islam. Didedahkan juga bahawa orang-orang Islam sahaja yang suka dan kasih kepada Ahli Kitab sedangkan Ahli Kitab tidak begitu sikapnya terhadap kamu.

Aali-Imran 3:119

هَٰٓأَنتُمْ أُو۟لَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِٱلْكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ عَضُّوا۟ عَلَيْكُمُ ٱلْأَنَامِلَ مِنَ ٱلْغَيْظِۚ قُلْ مُوتُوا۟ 

45


Tiada ulasan:

Catat Ulasan