Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(046)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(046)

بِغَيْظِكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ 
119. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah vang suka (dan
percayakan mereka. sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab
Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.Akhir sekali dinyatakan, dengan bersabar dan bertaqwa, umat Islam dapat menghindarkan diri daripada
keburukan dan kejahatan Ahli Kitab.

Aali-Imran 3:120

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا۟ بِهَاۖ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ 

120. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan
hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan
bertaqwa. (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah
meliputi pengetahuanNya akan apa y ang mereka lakukan.
terhadap sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud. 

(6)Ayat 121-189 merupakan paragraf ke enam Surah Aali Imran,didalamnya  dikemukakan ulasan terhadap sebab kekalahan orang2 Islam dalam perang Uhud.
Selain itu dinyatakan juga peranan orang-orang munafiq dalam peristiwa itu.
Di dalam paragraf ini disebutkan kelemahan dua golongan. Akhlak orang-orang Islam diperbaiki dengan menganjurkan mereka supaya bersabar dan bertaqwa, menghindarkan diri dari amalan riba,membelanjakan sebanyak mungkin dengan ikhlas, ta'at kepada Allah dan RasulNya, membelanjakan harta dan berjihad demi mencapai keampunan Allah dan syurga.Dalam melakukan usaha-usaha itu,umat Islam hendaklah 
berlumba-lumba سَارِ عُوْا إِلَى مَغْفِرَةِ. Orang-orang yang beriman tetap berbelanja dijalan Allah dalam kesempitan dan juga dalam kesenangan, mereka mengawal sifat marah, memaafkan,mengasihi dan menyayangi masyarakat, jika berlaku perkara keji atau mereka tersasul melakukan dosa
mereka terus memohon keampunan kepada Allah, tidak terus menerus melakukan dosa, jika mereka bersikap demikian mereka akan diampunkan Allah dan akan dikurniakan syurga.

46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan