Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(035)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(035)

 terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci tentang   الضالين  (orang-orang yang sesat). Siapa pula mereka? Mereka adalah orang-orang Kristian. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh golongan الضالين(orang-orang yang sesat). Perincian cerita mereka dibentangkan dengan seluas-
luasnya di dalam Surah Aali 'Imraan sebagai pengajaran dan i'tibar buat orang-orang Islam.
(2) Di akhir Surah al-Baqarah Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu  فانتصرنل غلى القو الكافرين (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir).
Maka di dalam Surah Aali 'Imraan ini Allah mengajarkan empat cara untuk mengalahkan mereka. Punca kecundang tentera Islam ketika menghadapi orang-orang kafir telah dijadikan sebagai contoh untuk menyatakan betapa pentingnya kesetiaan,kesatuan dan penyusunan yang rapi dalam sesuatu perjuangan. Orang-orang kafir,
baik dari kalangan Ahli Kitab mahupun musyrikin boleh dikalahkan apabila umat Islam menjadikan empat cara yang disebut Allah di dalam Surah ini sebagai senjata
dan persiapan mereka.
(3) Sebagaimana al-Kitab yang disebutkan pada ayat kedua Surah al-Baqarah bahawa ia merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa, begitulah juga dengan
Kitab Taurat dan Injil yang disebutkan di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah Aali'Imraan. Kedua-duanya pernah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa
sebelum kedatangan al-Kitab (al-Qur'an) ini. Semua kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah. Cuma setelah kedua-dua kitab suci itu diselewengkan dan ia telah
bercampur-baur antara yang benar dan yang batil, sehingga tidak dapat dipasti dan diyakini lagi mana yang betul dan mana yang karut daripadanya, maka Allah menurunkan pula al-Kitab yang juga bernama al-Furqan. Ia tidak lain daripada al-Qur'an jua. Sebabnya ia dinamakan al-Furqan ialah kerana sifatnya membezakan antara yang betul dan yang salah di dalam kitab-kitab sebelumnya, Taurat dan Injil.
(4) Di permulaan Surah al-Baqarah (lihat ayat ke-26) ada tersebut bahawa manusia juga kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah.Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.
(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini


35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan