Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(034)
Zaman Diturunkan
(1) Secara umumnya bolehlah dikatakan Surah Aali 'lmran itu diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah, selepas perang Uhud. Ketika itu telah pun nyata kesan dan akibat daripada kesyahidan sekian ramai sahabat di medan peperangan Uhud, di mana sudah mula terdapat agak ramai isteri yang menjanda dan anak-anak kecil yang menjadi yatim. Semua itu telah menimbulkan masalah masyarakat yang memerlukan penyelesaian.
(2) Ay'at ke-33 hingga ke-70 bagaimanapun dipercayai diturunkan pada tahun ke-9 Hijrah, ketika mana rombongan orang-orang Kristian Najran datang ke Madinah dan perdebatan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. berlaku, sehingga membawa kepada cabaran Rasulullah terhadap mereka untuk bermubahalah. Tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran Rasulullah s.a.w. itu.
Kelebihan Dan Fadhilah Surah Aali'lmraan
Hadis
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Bacalah kamu al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang
membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah
surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya(tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu
'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Aali'Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
(1) Di akhir Surah al-Fatihah tersebut dua perkataan
ini: المغضوب عليهم (orang-orang yang dimurkai) dan الضالين(orang-orang yang sesat).
Siapakah المغضوب عليهم?
Mereka adalah orang-orang Yahudi. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh المغضوب عليهم . Cerita orang-orang Yahudi itu telah pun diberikan dengan terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara
34
Tiada ulasan:
Catat Ulasan