Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(047)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(047)

Dikatakan, jika orang-orang Islam benar-benar beriman maka mereka akan mengatasi orang-orang lain

Aali-Imran 3:139
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yanq tertinggi (mengatasi musuh denean mencapai kemenanqan)jika kamu oranq-orang yanq (sungguh-sungguh) beriman.
Dinyatakan hikmat kekalahan dalam peperangan Uhud iaitu untuk Allah memilih dan menapis orang-orang mu'min yang sebenar (Ayat; 140).Umat Islam diarahkan supaya bersabar dan teguh pendirian dimedan perang, di samping itu mereka hendaklah menjalin hubungan yang teguh dengan Allah (Ayat:141-147).
Para sahabat diingatkan bahawa andai kata Rasulullah s.a.w. mati atau terbunuh syahid supaya tidak
meninggalkan agama Islam. Orang-orang Islam diperingatkan bahawa mereka akan mendapat kerugian
dengan ta'at kepada orang-orang kafir (Ayat: 149).
Orang-orang Islam dihiburkan dan ditenangkan jiwa mereka dengan disebutkan Allah sebagai مولى(pelindung) mereka dan Allah akan menimbulkan rasa gerun dan takut di dalam hati orang-orang kafir terhadap mereka.
Antara sebab kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud ialah:
(1) Kelemahan sesetengah pihak.
(2) Perselisiahan dan perbezaanpendapat .
(3) Inginkan harta ghanimah .
(4) Tidak menurut pesanan Rasulullah dan
(5) Mahukan dunia.(Ayat 152).

Di dalam paragraf ini juga disebutkan tentang peranan orang-orang munafiq dalam peperangan Uhud
dan keinginan terhadap kekuasaan di dalam diri mereka. Orang-orang munafiq menganggap kalangan
mereka lebih baik dalam kepimpinan. Rasulullah s.a.w. dianjurkan supaya bersikap lembut, sentiasa
bermesyuarat dan bertawakkal kepada Allah. Dinyatakan tertibnya bahawa mula-mula sekali hendaklah
bermesyuarat. Setelah membuat keputusan, hendaklah bertawakkal kepada Allah, dengan berbuat begitu
kasih sayang Allah akan diperolehi mereka. (Ayat: 159).

 Umat Islam diberi berita gembira bahawa mereka akan menang dan mengatasi pihak musuh apabila mereka berusaha membela agama Allah(Ayat:160).

47

Tiada ulasan:

Catat Ulasan