Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(039)
mereka kepada Islam. Jika mereka berpaling (tidak mahu menerima), maka orang Islam yang terlibat hendaklah bersaksi bahawa kami adalah Muslim.(Ayat: 64).
(h) Kepada Allah jualah tunduk ta'at (Islam) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada
dengan sukarela ataupun terpaksa.(Ayat: 83).
(i) Nabi Ibrahim a.s. tidak Yahudi dan tidak Kristian, tidak juga Baginda musyrik. Bahkan Nabi Ibrahim a.s. adalah seorang Muslim yang hanif. (Ayat: 67).
(j) Nabi s.a.w. dan pengikut-pengikutnya telah menyeru Bani Israil (Yahudi dan Nashara) dan Bani Ismail kedua-duanya sekali kepada Islam. Bani Ismail itu lebih dikenali di kalangan Ahli Kitab sebagai"Ummiyyin", mereka ialah orang-orang musyrikin Mekah.(Ayat: 20).
(3) Ayat-ayat Aali 'Imraan di bawah ini menceritakan sifat, sikap dan gelagat Ahli Kitab secara terperinci. Dicelah-celahnya juga terdapat sekian banyak arahan, pengajaran dan panduan.
Ayat: 19,20,23, 61, 64, 65, 66, 69, 70, 7 l, 72, 7 4, 98, 99, 100, 1 I 0, 1 13, 186, 1 87 dan 199.
(4) Perkataan "Ummiyyin" telah dipakai dengan ma'nanya yang khusus dan tersendiri di dalam Surah Aali 'Imraan. Ia dipakai dengan erti Bani Ismail dan orang-orang musyrikin 'Arab, terutamanya penduduk Mekah.
(a) Bani Israil telah sekian lama mengidap penyakit gila keturunan dan terlalu melampau-lampau dalam melebihkan bangsa mereka. Di dalam Surah Aali 'Imraan Allah merakamkan kata-kata mereka terhadap
Bani Ismail: ليس علينا في الأميين سبيل(tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi). Mereka dengan itu menganggap tidak salah mengambil harta Bani Ismail dengan caru yarrg tidak betul. (Ayat:75).
(b) Nabi s.a.w. diperintah supaya menyeru Bani Israil dan juga Bani Ismail (الأميين)kepada agama Islam.
(Ayat:20).
(5) Di dalam Surah ini, al-Qur'an telah disebut dengan nama al-Furqan. Al-Furqan bererti pembeza atau sesuatu yang membezakan di antara yang betul dan yang salah. Al-Qur'an dinamakan begitu kerana ia membezakan di antara yang betul dan yang salah di dalam kitab Taurat dan Injil.
(Ayat:4).
(6) Di dalam Surah ini Allah menyatakan semua kitab yang diturunkanNya mengandungi ayat-ayat
39
Tiada ulasan:
Catat Ulasan