Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(038)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(038)

dikurniakan kepada umat Islam. Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula pada ayat 110 mereka diberi pula
gelaran خير أمة (sebaik-baik umat).

(3) Di dalam Surah al-Baqarah Ahli Kitab diseru supaya menerima Islam dengan kata: أمنوا بما أنزلت مصدقا لما معكم (Ayat: 41). Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula mereka diseru kepada Islam dengan kata أأسلمتم؟
(Apakah kamu mahu masuk Islam?). (Ayat: 20).
(4) Kedua-dua surah disudahi dengan doa yang lengkap yang menunjukkan betapa pentingnya umat Islam mempunyai perhubungan yang rapat dengan Allah untuk kemenangan Islam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Penting Di Dalam Surah Aali'Imraan
(1) Berkali-kali di dalam Surah Aali 'Imraan ditegaskan bahawa, tiada إله (tuhan yang layak disembah)
melainkan Allah. (Ayat: 2,6,18,63 dan64).
(2) Bukti-bukti kebenaran agama Islam dikemukakan di dalam Surah Aali 'Imraan, lalu manusia khususnya Ahli Kitab diseru supaya menerimanya.
(a) Dinyatakan kepada Ahli Kitab dengan terang bahawa agama yang diterima di sisi Allah hanyalah 
Islam. إن الدين عند الله الإسلام(Ayat: 19).
(b) Secara tidak langsung juga dikatakan, orang yang memilih agama selain Islam tidak akan sekali-kali diterima   daripadanya agama itu. ومن يبتغ غير الإسلام دينا يقبل من
(Ayat: 85).
(c) Umat Islam percaya dan berkata, "Kami tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul Allah", sama ada
dia dari keluarga Israil atau Ismail. Kami hanya orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah مسلمون(Ayat:84).
(d) Allah tidak menyuruh sesiapa pun menjadi kafir setelah ia menerima Islam. (Ayat: 80).
(e) Orang-orang Islam diperintah supaya tidak mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.(Ayat:102).
(f) Semua pengikut-pengikut setia Nabi 'Isa a.s. telah bersaksi bahawa mereka Muslim. (Ayat: 52).
(g) Orang-orang Islam diperintah berbincang dan berdialog dengan Ahli Kitab dalam usaha menyeru.

38

Tiada ulasan:

Catat Ulasan