Mishkat al-masabih muqadimah sesi 1nota baca(s2)
Kitab permulaan dlm pengajian hadis
Imam Baghawi penulis mishkat
Hidupnya ringkas tetapi berjasa.
Digelar muhyusunnah(penghidup sunnah)
Meninggal pada lebih 80th.
4484 hadis
2434 bukhari
2050
Kitab maqobihhusunnah.
Karangan2 dia yg mahsyur..
Hafal matan dan sanad mishkat =Baba Daud Mishkati.
Khatib Tabrizi ..
Bilangan hadis mishkat=1,000...Lebih...
5995hadis
Ada 29bab
327bab
1300pasal
Meninggal (imam baghawi)pada 737hijrah
512hijrah
Dlm bhs urdu ,mazohirihak...kutbudin khan.
Sistem talaqi telah ditinggal
Pengajian kitab mishkat.
Yg ada dlm pasaran bahasa arab sahaja.
Bersama dengan syarahnya ada pun bahasa arab juga.
Dlm Indonesia sudah ada terjemahan oleh ustaz yunus kawan mmay.
Untuk umum/orangramai hadis mishkat sangat eluk sebab tidak perlu belajar sanad.
💥💥💥
Misykat al-Masabih karya Imam al-Tabrizi
Mishkat al-Masabih (terjemahan bahasa Inggeris: A Niche for Lamps ) adalah versi yang diperluaskan dari Masabih al-Sunnah Al-Baghawi oleh Muḥammad ibn ʻAbd Allāh Khatib Al-Tabrizi. Khatib Al-Tabrizi meninggal dunia pada tahun 741 H.
Ia mengandungi antara lebih 4434 hadis . Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian hadits diDeobandi,mereka mesti belajar kitab ini dulu selain dari telah hafaz al quran.
Al-Tabrizi menambah 1511 hadith kepada hadith yang terdapat dalam koleksi Masabih al-Sunnah.
Al-Tabrizi menjelaskan tentang label-label yang diletakkannya pada hadith dan diklasifikasikan semula. Beliau menambah bahagian ketiga kepada Masabih al-Sunnah, yang telah dibahagikan kepada dua bahagian oleh Al-Baghawi.
Al-Baghawi tidak menyebut isnad hadith yang dikumpulkannya, Al-Tabrizi menyebut sumber dari mana hadith pada asalnya dijumpai menjadikan teks itu lebih dipercayai.
Pengenalan ringkas Imam al-Tabrizi
Nama penuh beliau ialah Waliyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-‘Amri al-Tabrizi. Digelarkan al-Tabrizi kerana dinisbahkan kepada Tibriz iaitu satu kampung yang terletak di Azerbaijan sekarang ini. Beliau merupakan seorang ulama yang mahir di dalam permasalahan hadith yang sering dipuji oleh orang-orang sezamannya.
pujian beberapa orang ulama kepadanya. Antaranya Syeikh al-Allamah Hassan bin Muahmmad al-Tibu di dalam kitab beliau Baqiyyah al-Auliya’ wa Qatb al-Sulha’ menganggap beliau sebagai seorang alim yang sukar ditandingi. Begitu juga tanggapan al-Mala Ali al-Qari dan al-Kittani. Di antara karangan beliau yang sampai ke tangan generasi terkemudian ialah Misykat al-Mashabih dan al-Ikmal fi Asma’ al-Rijal. Beliau wafat pada 737H iaitu pada tahun beliau menyempurnakan penulisan kitab Misykat al-Masabih pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan.
Pengenalan al-Imam al-Baghawi
Oleh kerana kitab ini asalnya merupakan kitab Mashabih al-Sunnah karangan Imam al-Baghawi, maka penulis merasakan amat perlu untuk turut diperkenalkan beliau selaku penulis asal kepada kitab yang disyarahkan oleh Imam Tabrizi.
Beliau ialah Abu Muhammad al-Husayn bin Mas’ud bin Muhamad bin al-Farra’ al-Baghawi. Digelar sebagai Muhyissunnah atau orang yang menghidupkan sunnah kerana kesungguhannya di dalam mempertahankan sunnah Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan pada 433H di satu kampung bernama ‘Bagh’ yang terletak di Khurasan. Oleh kerana itu, nama beliau dinisbahkan kepada kampung ini dan digelar sebagai al-Baghawi.
Ketika berumur 27 tahun, beliau bermusafir ke Marwu al-Ruzz Tempat ini terletak lebih kurang 5 hari perjalanan dari kampung asalnya untuk menuntut ilmu daripada syeikh-syeikh hadis di sana. Beliau merupakan seorang pelajar yang tekun di dalam menuntut ilmu. Berkata Imam al-Zahabi mengenai dirinya, “Beliau tidak akan belajar kecuali di dalam keadaan suci (berwudhuk)..”
[ Muhamad bin Husayn al-Zahabi (t.t) Siyar a’lam al-Nubala’, j.19, hal 441 ].
Di antara guru-gurunya ialah Abu Salih Ahmad bin Abdul Malik al-Naysaburi (m. 470H), Abu Ali al-Husayn bin Muhammad bin Ahmad al-Maruzi (m.352H), Abu Turab Abd al-Baqi bin Yusof bin Ali bin Salih bin Abd al-Mulk al-Maraghi (m492H) dan ramai lagi. Manakala di antara murid-muridnya ialah saudaranya Hassan bin Mas’ud al-Baghawi (m529H) dan Umar bin Hassan bin Husayn al-Razi (m606H) iaitu ayah kepada al-Imam al-Razi penulis al-Tafsir al-Kabir.
Beliau menghasilkan banyak karya, antaranya 40 Hadis, al-Anwar fi Syamail al-Nabiyy al-Mukhtar, Turjumah al-Ahkam fi al-Furu’ (bahasa farsi), al-Tahzib fi al-Fiqh, al-Jam’u bayna al-Sahihain dan lain-lain. Beliau akhirnya meninggal dunia pada bulan Syawwal tahun 510H. [ Waliyuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al-Khatib al-‘Amri al-Tabrizi (2003), Misykat al-Masabih, tahkik : al-Syeikh Jamal ‘Ainaiya, Dar Kutub al-Ilmiah, Beirut, Lubnan, j.1, hal 10 ]
Pengenalan Kitab Misykat al-Masabih
Kitab ini merupakan huraian kepada kitab Mashabih al-Sunnah yang disusun oleh Imam al-Baghawi. Ia merupakan kitab hadith yang memuatkan hadis-hadis berkaitan persoalan iman (Penyusunan bab di dalam kitab ini mirip kepada penyusunan Imam al-Bukhari di dalam sahihnya), ilmu dan seterusnya persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Di dalam menyusun kitab ini, Imam al-Baghawi pada asalnya meletakkan hadis-hadis tanpa sanad dan tidak dijelaskan sumber ambilannya. Menyedari hakikat ini, Imam al-Tabrizi yang dilahirkan beberapa ratus kemudian telah mengambil inisiatif untuk menyusun semula hadis-hadis ini, diletakkan sanad, dinyatakan sumber ambilannya dan diberikan sedikit komentar. Ini dinyatakan sendiri oleh Imam Tabrizi di dalam mukaddimahnya. Karya ini dicetak di dalam pelbagai edisi.
Mengenai penyusunan bab-bab di dalam kitab ini, Imam Tibrizi mengekalkan susunan yang dilakukan oleh Imam Baghawi. Ia dimulakan dengan kitab Iman diikuti dengan kitab ilmu, taharah, solat, janaiz, zakat, puasa, kelebihan al-Quran, doa, manasik, jual beli, faraid dan wasiat, nikah, ‘itq, sumpah dan nazar, qashash, hudud, imarah dan qadha’, jihad, buruan dan sembelihan, makanan, minuman, pakaian, perubatan, mimpi, adab, riqaq, fitan, hal ehwal kiamat, fadhilat dan akhir sekali manaqib.
Secara keseluruhannya, Misykat al-Mashabih ini mengandungi 30 kitab yang dipecahkan masing-masing kepada beberapa bab. Jumlah keseluruhan bab yang terdapat di dalam karya ini lebih kurang 350 buah bab. Manakala jumlah keseluruhan hadith di dalam karya ini ialah 6285 buah hadith.
Kelebihan Kitab
Pembaca kitab ini akan dapat menghayati tuntutan hidup seorang muslim berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Selain dari itu, perbahasan dipecahkan kepada beberapa fasal mengikut orientasi isi kandungan hadith memudahkan pembaca membuat rujukan kepada mana-mana hadith yang dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan