Rabu, Jun 17, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 2 ms001

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 2 ms001
siri 2 20120922 

بِسم الله الرَّحْمَن الرَّحِيم 

الْحَمد لله، ونحمده وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمن سيئات أَعمالنَا، من ييهده اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ شَهَادَةً تَكُونُ لِلنَّجَاةِ وَسِيلَةً، وَلِرَفْعِ الدَّرَجَاتِ كَفِيلَةً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الَّذِي بَعَثَهُ وَطُرُقُ الْإِيمَانِ قَدْ عَفَتْ آثَارُهَا، وَخَبَتْ أَنْوَارُهَا، وَوَهَنَتْ أَرْكَانهَا، وَجَهِلَ مَكَانهَا، 

Dengan nama Allah yang maha  pengasih lagi maha penyayang.¹ Segala puji  kembali kepada Allah jua.² Kita memujiNya dan memohon pertolongan serta keampunanNya.³ Kita berlindung  dengan Allah  daripada kejahatan diri kita dan daripada perbuatan-perbuatan kita yang buruk.⁴ Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada siapa pun dapat menyesatkannya,dan sesiapa yang disesatkanNya,tiada siapa pula dapat  memberi  petunjuk kepadaNya.Aku bersaksi  bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah .Sebuah kesaksian yang menyebabkan sesaorang manusia  selamat dan darjatnya terjamin meningkat (didunia dan diakhirat).Aku  juga bersaksi  bahawa sesungguhnya Muhamad adalah  hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada umat manusia ketika kesan-kesan jalan keimanan hampir terhapus, cahaya-cahayanya hampir terpadam ,tonggak-tonggaknya hampir runtuh dan kedudukannya tidak lagi  diketahui orang.
_____________________________________________________________________________________________________

¹ Syeih Waliyyuddin Abu Abdillah Muhamad bin Abdillah al-Khatib al-Umari at-Tabrezi ra memulakan  kitabnya  ini sebagai pembuka bicara dengan lafaz بِسم الله الرَّحْمَن الرَّحِيم 
dan pujian kepada Allah .Dalam perkara ini beliau sebenarnya telah mengikut gaya persembahan kitab suci  al-Quran al-Karim.Allah swt juga telah  menjadikan kedua-dua lafaz tersebut sebagai pembuka  kitab suci Nya 
al-Quran al-Karim.

² Menurut para ulamak ,puji terbahagi 4.
1.Puji Allah akan Allah.
2.Puji Allah akan hambaNya.
3.Puji hamba akan Allah.
4.Puji hamba akan hamba.
Pada hakikatnya,segala bentuk pujian yang tersebut itu kembali hanya kepada Allah .Sebagai contoh ,apabila sesaorang memuji orang yang berbuat baik kepadanya,dia secara tidak lansung  sebenarnya memuji  Allah. Kerana   Allah jua  yang telah mendorong orang itu berbuat baik kepadanya.Terdahulu,Allah  jualah yang menjadikan orang yang berbuat baik kepadanya itu.Kalau  orang itu  tidak pernah wujud,bagaimana  dia akan berbuat baik kepadnya lalu bagaimana dia akan memujinya?

³ Pengarang memohon pertolongan kepada Allah  apabila memujiNya.Justeru Nabi saw pernah  bersabda
لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Maksudnya:Tidak dapat ku hinggakan pujian terhadap Mu,seperti mana Engkau sendiri memuji diriMu.Jika terdapat sebarang kekurangan atau  kepincangan  dalam sanjungan dan pujian terhadapnAllah,pengarang memohon keampunanNya.

⁴ Puji-pujian yang kita atur  dengan ikhlas kepada Allah demi mencapai kebahagian jiwa,mungkin ketana kejahatan diri dan perbuatan-perbuatan kita yang buruk terpalit pula dengan unsur-unsur riyaa'mkelekaan atau perkars-perkara yang tidak baik.Maka pengarang berlindung dengan Allah  daripada hal-hal seperti itu.

⁵ Rangkai kata ini boleh membawa dia maksud :(1)Allah mengutuskan Rasullah saw ketika baginda sangat-sangat diperlukan oleh manusia.Manusia ketika itu berada di kemuncak kesesatan dan kejahilan.Selain pengikut-pengikut setia Nabi Isa,tidak ada orang lain  mengetahui tentang ajaran ugama Allah yang sebenar.Tetapi pengikut-pengikut nabi Isa yang

1





Tiada ulasan:

Catat Ulasan