Qawaid tafsir 2018 nota 6(0088)
كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَیۡهِ شُهَدَاۤءَۚ فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنًا قَلِیلًاۚ وَمَن لَّمۡ یَحۡكُم بِمَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk
dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada
Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) 'ulama'
mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka
diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat)
itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang
perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu
takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan
perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan
harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia)
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(al-
Maa'idah:44).
Bahagian yang bergaris di bawahnya di dalam ayat dan terjemahannya yang diberikan
adalah yang berkenaan.
52.Yang dikira ialah umum lafaz
(ayat), bukan sebab (turun)nya
yang khusus.
قاعدة 52 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ
Keterangan: Hukum umum dan khusus yang terdapat di dalam sesuatu ayat,
mengambil kira sebab turunnya, terbahagi kepada 4 bahagian.
(1) خاص بالاسم
(khas
dengan sebab disebut nama secara khusus).
(2) عام مربوط بقرينه التخصيص
(umum yang
terikat dengan petunjuk takhsis).
(3) عام مربوط بقرينة التعيم
(umum yang terikat dengan
petunjuk umum).
(4) مجرد عن القرينة
(kosong daripada dalil yang menunjukkan
khususnya).
Yang dimaksudkan dengan خاص بالاسم itu ialah ayat-ayat yang ada tersebut di
dalamnya nama seseorang secara khusus. Kandungan ayat itu adalah berkaitan
dengannya secara khusus. Para 'ulama' bersepakat tentang ayat-ayat seperti itu adalah
88
Tiada ulasan:
Catat Ulasan