Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0089)

Qawaid tafsir 2018 nota 6(0089)

khusus dengan orang-orang berkenaan sahaja. Ia tidak merangkumi orang-orang lain.
Sebagai contohnya lihat saja firman Allah di dalam Surah al-Masad berikut:

l. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama;
2.Hartanya dan segalayang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
4.Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
5. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (al-Masad:1-5).


Sebab turun bagi ayat-ayat di dalam Surah ini sangat masyhur. Ketika Rasulullah
s.a.w. yang telah berada di atas bukit Shafa menyeru sekalian orang-orang Quraisy
supaya memeluk agama Islam, Abu Lahab lantas berkata: تبالك!ألهذا جمعتنا.
(Cis!
Untuk inikah kamu kumpulkan kami?",
 Maka turunlah ayat-ayat di dalam Surah ini.
Di dalamnya tersebut janji buruk dan ancaman untuk Abu Lahab secara khusus
bersama-sama isterinya.
Yang dimaksudkan dengan  عام مربوط بقرينه التخصيص     ialah ayat-ayat yang tidak
menyebut nama seseorang atau sesuatu golongan manusia atau sesuatu benda secara
khusus, tetapi sifatnya disebut dengan terang, dan kandungan ayat pula dikaitkan
dengannya sahaja. Beberapa petunjuk atau dalil yang lain ada menunjukkan ia
sememangnya berkaitan dengan orang, golongan atau benda tertentu. Dalam keadaan
ini juga para 'ulama' bersepakat tentang apa yang terkandung di dalam ayat itu hanya
khusus dengannya sahaja. Ia tidak melarat kepada orang-orang lain, meskipun sifat-
sifat seperti itu mungkin juga ada pada orang-orang lain. Contohnya dapat dilihat
pada dua ayat di dalam Surah al-Lail berikut:

(17)وَسَیُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى
(18)ٱلَّذِی یُؤۡتِی مَالَهُۥ یَتَزَكَّىٰ

17.Dan (sebaliknya) akan dijauhkan neraka itu daripada orang yang paling bertakwa;
.89

Tiada ulasan:

Catat Ulasan