Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0100)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0100)

kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). 
(al-Baqarah: 3-4)

 وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡك 
sebagai ma'thuf bagi 
ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡب
Pada hal 
duanya adalah sifat bagi      المتقين yang terletak di akhir ayat kedua surah berkenaan. Ini
kerana masing-masing daripadanya dianggap atau dita'wilkan sebagai zat atau
maushuf yang berlainan.
Demikianlah empat bentuk 'athaf (dengan و) yang diharuskan menurut tatabahasa
'Arab, meskipun tidak terdapat kelainan antara ma'thuf dan ma'thuf 'alaihnya dalam
erti kata yang sebenar-benamya.

Kaedah 54

Kaedah 54
Nas2 syari' dipakai menurut makna syariah.Jika tidak ,maka menurut makna uruf .Jika itupun tidak maka menurut makna bahasa.

قاعده ٥٤  أَلْفَاظُ الشَّارِعِ مَحْمُوْلَةٌ عَلَى الْمَعَانِي الشَّرْعِيَّةِ فَإِنْ لَمْ

 تَكُنْ فَالْعُرْفِيَّةِ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ فَاللُّغَوِيَّةِ

Keterangan: 
Lafaz-lafaz al-Qur'an dan al-Hadits hendaklah dipakai menurut ma'na
yang dipakai dalam syariah. Jika ia tidak boleh dipakai dengan ma'na itu, maka
hendaklah dipakai dengan ma'na yang dipakai oleh 'uruf sesebuah masyarakat. Dan
jika dengan ma'na itu juga tidak boleh dipakai, maka pada ketika itu barulah boleh
dipakai dengan ma'na menurut bahasa.
Qaedah ini hanya perlu dipakai apabila tidak ada bukti atau petunjuk (qarinah) yang
menentukan lafaz-lafaz tertentu sememangnya dipakai untuk salah satu daripada
ma'na-ma'na yang tersebut tadi. Dalam keadaan ada bukti dan petunjuk pula, ia
hendaklah dipakai sesuai dengannya.
Antara contoh untuk nas yang tidak ada petunjuk menentukan sama ada ia dipakai
dengan ma'na menurut syara' atau menurut bahasa ialah firman Allah berikut:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰۤ أَحَدٍ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦۤۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ فَـٰسِقُونَ


100

Tiada ulasan:

Catat Ulasan