Daurah tafsir 2019 sesi 05(09)(s2)nota5(099)
Ciri Khusus Surah At-Taubah
1. Sebelum Rasulullah s.a.w. wafat di Madinah, tiga surah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-9 dan ke-10 iaitu Surah al-Bayyinah, Surah at-Taubah dan Surah an-Nashr. Dilihat dari segi tartib turun surah-surah tersebut, Surah at-Taubah merupakan yang paling besar dan terakhir diturunkan di Madinah.
2.Ayat بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ tidak dituliskan di permulaan surah, daripadanya terbukti dua perkara:
(1) Al-Qur'an yang adapada hari ini masih terpelihara seperti asalnya di zaman Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang ada inilah. Ia dituliskan mengikut perintah dan arahan Rasulullah s.a.w.
(2) Di dalam Surah al-Anfaal sebelum ini telah dinyatakan adab-adab jihad, kelebihan dan juga faedahnya, didalamnya juga tersebut hukum-hukum perang dan damai. Di dalam Surah at-Taubah ini pula terdapat perintah supaya
berperang dengan orang-orang musyrikin dari kalangan Bani Isma'il, Ahli Kitab dan juga orang-orang munafiq. Dari sudut perhubungan antara kedua-dua surah terdapat perkaitan yang rapat, kedua-duanya berkaitan dengan jihad.
Perkaitan Surah At-Taubah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Anfaal sebelum ini disebutkan tentang falsafah jihad, galakan berjihad dan adab-adab jihad, di dalam Surah at-Taubah ini pula disebutkan tiga golongan (orang-orang musyrikin, Ahli Kitab dan munafiqin). Umat Islam diperintahkan supaya memerangi mereka dengan bersungguh-sungguh.
2. Di dalam Surah Yunus selepas surah ini nanti sebelum berjihad disebutkan syarat-syarat jihad. Jihad tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya kepercayaan yang penuh terhadap 'aqidah tauhid, kerasulan dan akhirat. Perkara ini dikemukakan berserta dalil-dalil yang kukuh.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan musyrikin Mekah didedahkan dan orang-orang Islam diberikan panduan dalam menghadapi mereka:
(a) Setelah orang-orang musyrikin Mekah melanggar perjanjian damai Hudaibiyah, dinyatakan pembatalan perjanjian dari Allah dan RasulNya terhadap mereka.
(Ayat: 1)
بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(b) Pada tahun ke-9 Hijrah orang-orang musyrikin Mekah diberikan kata dua selama empat bulan. (Ayat: 3)
وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ۙ وَرَسُولُهُ ۚ
99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan