Khamis, Julai 09, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms016

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms016
___________________________________________________________

amalannya itu. Sebaliknya kalau niat  sesaorang tidak betul, ia akan menjadi penyebab kepada balasan buruk  yang akan  diterimanya kerana amalannya itu . Jadi dua bahagian  hadits  itu bunyinya  sahaja lain, padahal kedua-duanya menyatakan  perkara yang sama.

(2)Ada juga ulamak berpendapat bahagian kedua hadits bukan penguat bahagian pertamanya. Dengan kata lain, ia merupakan ta'sis bukan ta'kid . Bagi mereka bahagian  pertama hadits berbicara tentang pergantungan  amalan sesaorang  kepada niat  dalam  menentukan  sah atau tidak  dan berpahala atau tidaknya amalan  yang dilakukannya. Bahagian kedua pula menyatakan  keadaan pelaku. Dia akan mendapat balasan  sesuai  dengan niat  yang dipasangnya. 

(3)Imam Nawawi  berpendapat, bahagian  pertama hadits menyentuh  soal  perhubungan  diantara  niat  dan amalan sesaorang. Memang  ada kaitan  diantara  amalan dan  niat sesaorang. Baik buruknya  sesuatu  amalan  manusia itu bergantung  pada niatnya.
Bahagian  kedua hadits pula  menunjukan  penentuan  apa yang diniatkan(النوي) sebagai syarat  untuk  sahnya ssesuatu  amalan. Sebagai contoh, orang yang perlu mengkadha solat Zuhur dan  Asharnya. Jika dia berniat mengerjakan  solat semata-mata untuk solat Zuhurnya, solatnya tidak sah. Demikian  juga dengan solat  Asharnya. Ia tidak tertunai  dengan semat-mata mengerjakan solat  sebanyak 4 rakaat. Untuk sah solat  Zuhurnya, dia perlu menentukan solat yang hendak dikerjakanya itu ialah solat  Zuhur bukan solat Ashar. Dan untuk sahnya  solat Asharnya, dia perlulah  menentukan  solat sebanyak  4 rakaat  yang hendak  dikerjakan itu ialah solat Ashar, bukan Zuhur atau Isyak. Bahagian kedua hadits seolah-olah menjelaskan  bahawa amalan  sesaorng tidak akan dikira tanpa ada penentuan  tentangnya.
(4)Ibnu as-Sam'aani berpendapat, bahagian pertama hadits menyentuh  soal perhubungan  diantara niat  dan amalan sesaorang. Memang ada kaitan  diantara  amalan  dan niat  sesaorang  seperti kata Nawawi itu. Tetapi  bahagian kedua  menyentuh  tentang mubaahaat (amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang  diharuskan ) yang  tidak termasuk  dalam bab  ibadat. Seperti makan,minum,tidur dan sebagainya. Amalan-amalan ini  tidak mendatangkan  pahala tanpa niat . Untuk  mendapat pahala sesaorang perlu berniat  baik apabila  hendak melakukannya. Misalnya untuk mendapatkan tenaga ketika hendak makan . Apabila bertenaga, dia hendak  melakukan  ketaatan kepada Allah. Tanpa ada niat  seperti itu, semata-mata melakukan perbuatan yang  diharuskan tidaklah  mendatangkan apa-apa pahala kepada pelakunya.
(5)Ibnu Daqid al-'Iid berpendapat seperti  Nawawi dan Ibnu as-Sa'aani  juga  berhubung dengan bahagian pertama hadits. Tetapi bahagian  kedua  hadits baginya menunjukan  ganjaran  dan pahala baru diperolehi sesaorang apabila dia berniat  ketika hendak melakukanya disamping menjaga juga syarat-syaratnya. Kalau syarat-syarat sahaja dijaga,niat tidak ada,tetap juga tidak akan mendatangkan pahala. Pahala baru  diperolehi  sesaorang apabila dia berniat  dengan bersungguh-sungguh hendak  mengerjakan sesuatu pekerjaan, tetapi  kerana keuzuran  yang diterima Syara' dia tidak dapat melakukanya.
(6)Ada juga ulama berpendapat, bahagian  kedua hadits mengisyaratkan kepada terlarangnya niat untuk orang lain (النيابة في النية) dalam melakukan  sesuatu amalan, tanpa sebarang alasan yang  dibenarkan Syara'. Misalnya bersolat  dengan niat melepaskan tanggungan solat  orang lain atau bersolat  dengan meniatkan  pahala solatnya untuk orang lain. Inilah  yang dimaksudkan oleh Ibnu Abbas dengan katanya
 لا يصلي أحد عن أحد ولا يصوم أحد عن أحد ولكن يطعم عنه مكان كل يوم مدا من حنطة
Bermaksud :Sesaorang  tidak boleh  bersolat untuk orang lain. Dia juga tidak boleh berpuasa untuk orang lain. Dia hanya boleh memberi makan  (kepada orang-orang miskin) bagi pihak orang lain (dalam kes meninggalkan puasa) sebanyak satu cupak untuk tiap-tiap hari (yang ditinggalkan puasanya). Hadits riwayat an-Nasaai didalam Sunan  Kubranya dan at-Thahaawi didalam Muskilul Aatsaarnya).

(7) Syeikh Izzuddin bin Abdis Salam berpendapat, maksud  bahagian pertama hadits ini ialah  menjawab  persoalan tentang amalan  manakah  yang diambil  kira oleh Allah? Sementara maksud bahagian kedua hadits pula ialah menjawab persoalan tentang apakah natijah yang terhasil daripada sesuatu amalan

16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan