Rabu, Julai 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)(s2)nota5(105)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)(s2)nota5(105)

ZamanDiturunkan
Surah Yunus diturunkan di peringkat ke-empat dan terakhir Rasulullah s.a.w. berada di Mekah iaitu sekitar tahun 11 hingga 13 Kenabian. Besar sekali kemungkinan ia diturunkan di pertengahan peringkat  iaitu pada tahun ke-12 Kenabian bersama-sama Surah Hud. Di dalam ayat-ayat Surah Yunus ke-37,94 dan 104 begitu juga di dalam Surah Hud selepas ini iaitu pada ayat ke-62 dan 110 terdapat kenyataan bahawa orang-orang musyrikin menyatakan keraguan terhadap seruan al-Qur'an, selain itu mereka juga menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir dan
seorang yang mengada-adakan dusta.

Perkaitan Surah Yunus Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah at-Taubah sebelum ini disebutkan tentang jihad, di dalam Surah Yunus ini pula disebutkan bahawa sebelum mengambil langkah jihad terhadap orang-orang kafir terlebih dahulu perlu disempurnakan hujjah kepada mereka dengan menyeru mereka kepada ajaran tauhid berpandukan dalil-dalil yang kukuh dan dengan mengadakan perbincangan secara baik.
2. Di dalam Surah Yunus terdapat hujjah-hujjah yang menentang golongan yang tidak percaya kepada
tauhid, tidak percaya kepada kerasulan dan tidak percaya juga kepada akhirat. Di dalam Surah Hud selepasnya pula, selepas diberikan hujjah yang cukup, mereka diseru supaya bertaubat dan beristighfar,jika mereka menolak seruan itu ancaman kebinasaan kepadamereka diberikan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Yunus al-Qur'an diperkenalkan secara detail bahawa ia adalah kalam Allah, ia merupakan rahmat kepada orang-orang mu'min dan ia adalah kalam yang benar.
(a) Qur'an bukan hasil ciptaan makhluk  مِن دُونِ ٱللَّهِ  bahkan ia kalam Allah tuhan sekalian alam, ia juga membenarkan kitab Taurat dan Injil. (Ayat: 37)
وَمَا كَانَ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانُ أَن يُفْتَرَىٰ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Dan tidak mungkin Al-Qur'an ini dibuat-buat oleh selain Allah; tetapi (Al-Qur'an) membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan seluruh alam.

(b) Qur'an adalah satu nasihat, ia merupakan penawar kepada penyakit yang adadi dalam dada manusia dan ia merupakan rahmat kepada orang yang beriman. (Ayat: 57)

قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

(c) Qur'an adalah kalam Allah yang benar, ia merupakan wahyu seperti wahyu-wahyu yang telah diberikan kepada rasul-rasul terdahulu. Kepada orang yang ragu, mereka boleh sahaja bertanya kepada para 'ulama' Ahli Kitab.
(Ayat:94)

105

Tiada ulasan:

Catat Ulasan