Rabu, Julai 15, 2020

K63.Bila Anak Nak Bercakap? Dr Izzar Kongsi Tip “Biar Anak Tiru & Ikut Kita Cakap”.

K63.Bila Anak Nak Bercakap? Dr Izzar Kongsi Tip “Biar Anak Tiru & Ikut Kita Cakap”.

Kanak-kanak belajar bercakap melalui interaksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Proses untuk belajar bercakap dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Menurut perkongsian di instagram Dr Izzar suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, setiap perkembangan anak untuk bercakap berbeza-beza mengikut umur dan faktor lain.

Dr. Izzar juga berkongsi beberapa tip untuk ibu bapa lain yang boleh digunakan bagi merangsang minat anak-anak untuk berlatih bercakap. Ikuti perkongsian penuh ini.

BILA ANAK NAK BERCAKAP??

Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain baik anak-anak lain. So, jangan nak compare-compare anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan?

Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenalah selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.

Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul-betul dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap pelat atau bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.

Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak-banyak. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi.

Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yang lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla.


Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi-nyanyi, tunjuk gambar-gambar etc. Parents kenalah kreatif.

Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu.

Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan ‘oval’ dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan