Sabtu, Julai 11, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms017

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms017
___________________________________________________________
manusia? Jawapan kepada persoalan  pertama  ialah  amalan  yang diambil kira oleh Allah ialah  yang disertai  niat. Olehkerana sesuatu amalan  itu  ada kalanya  dilakukan  dengan niat yang baik dan ada kalanya  pula dengan  niat yang jahat, maka  bahagian kedua  hadits menjawab persoalan  yang timbul tentangnya. Iaitu  sesungguhnya  setiap  orang  akan  mendapat apa yang diniatnya. Jika  niatnya baik, dia mendapat pahala dan keredaan Allah dan jika niatnya buruk, dia akan  mendapat dosa dan kemurkaan Allah. (8)Setengah ulama  berpendapat , bahagian pertama  hadits ini memang  bermaksud  menyatakan perhubungan  diantara amalan dan niat. Sesuatu amalan  itu  baru  dikira  apabila  ada niat  disebaliknya. Bahagian keduanya bermaksud menyatakan  jumlah  pahala yang akan  diperolehi  sesaorang  tidak bergantung pada jumlah  amalan  yang dilakukannya. Walaupun  sesaorang  melakukan hanya  satu amalan  sahaja,tetapi kalau dia  memasang niat  disebaliknya, dia  akan mendapat pahala bagi setiap niat yang dipasangnya. Misalnya seorang  yang pergi  kemasjid  . Jika  dia pergi kemasjid  dengan niat  untuk mengerjakan  solat berjemaah  senata-mata, dia hanya akan  mendapat satu pahala sahaja,iaitu pahala pergi kemasjid  untuk  bersolat dengan berjemaah. Tetapi kalau  disamping itu dia  juga berniat  untuk membaca  al-Quran, menunggu  solat berjemaah  berikurnya, beriktikaf, belajar atau mengajar , menjauhkan  diri dari maksiat dan bertemu mata dengan orang-orang Islam di masjid ,nescaya  dia akan  mendapat pahala  bagi setiap amalan  yang diniatnya itu.
(9) As-Sindi berpendapat, bahagian  pertama hadits merupakan  مقدمة تجربية عرفية عقلية  iaitu  suatu hakikat  yang sudah terbukti  kebenarannya serta diterima pula oleh masyarakat dan aqal yang sejahtera. Bahagian  kedua hadits pula menyatakan hukum Syara tentang nya. Seolah-olahnya dikatakan, memang benar  masyarakat  dan aqal menerima bahawa segala amalan tertakluk kepada niat. Semua orang  menerimanya. Dengan  mengemukakan bahagian  kedua hadits, Nabi saw seolah-olahnya hendak  menyokong dan mengesahkan apa yang diterima umum itu. Cara seperti  ini sebenarnya telah  digunakan  oleh Rasullah saw dalam  beberapa hadits lain. Sebagai contohnya, apabila  hendak memuji  Abu  Ubaidah bin Jarraah, Baginda saw terlebih dahulu bersabda لكل أمة أمين
  Bermaksud : Setiap ummat  ada seorang yang sangat jujur. Selepas itulah baru Baginda saw 
bersabda وأمين هذه الأمة أبو عبيدة بن الجراح Bermaksud :Orang  yang sangat jujur di  kalangan  ummat ini  ialah  Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Jadi  sabda Rasullah saw لكل أمة أمين
itu merupakan جملة تجربية عرفية dan وأمين هذه الأمة أبو عبيدة بن الجراح pula adalah جملة أشرعية yang  membawa erti  Syara' atau Nabi saw juga mengesahkan apa yang diterima umum itu. Demikian  juga dengan sabda  Rasullah 
saw لكل شيء عروس Bermaksud :Setiap  perkara ada pengantinnya. Lalu sabda itu disusuli dengan  sabda berikutnya: وعروس القرآن الرحمن  Bermaksud :Pengantin  al-quran  ialah (surah) Ar-Rahman .(10) Allamah  at-Thibi  berpendapat ,bahagian pertama hadits ini berkait dengan kedudukan amalan itu sendiri. Sesuatu  amalan  baru  dikira sah apabila ia disertai  niat. Bahagian kedua hadits pula berkait  dengan niat  disebalik sesuatu  amalan. Niat baru diterima   baik apabila  ia disertai keikhlasan. Kesimpulannya ialah  niat  yang tersebut didalam bahagian  kedua hadits  itu seharusnya  dipakai  dengan makna ikhlas. (11) Ada juga ulama berpendapat, bahagian  pertama hadits  ini menepati  علة فاعلية dan bahagian keduanya menepati  علة غانية.  Maksudnya ialah  sebagaimana  fa'il( pelaku) merupakan unsur  yang memberi  bekas dalam sesuatu amalan. Niat jugalah  yang menentukan  hasil  bagi  sesuatu amalan . Jika baik , maka baiklah hasilnya dan  jika buruk maka buruklah padahnya. (12)Niat yang tersebut  didalam hadits  diatas ialah niat  orang mukmin. Ia tiada kena mengena langsung  dengan niat orang kafir atau orang munafik. Niat  orang kafir  atau  orang munafik  kalau ada pun dalam amalan kebajikan mereka,tetap tidak dikira dan tidak mendatangkan  pahala. Jesteru  amalan  mereka sia2 sahaja. Adapun kepada orang-orang mukmin ,amalan  mereka yang akan dikira dan akan diberi ganjaran tidak semestinya wujud dalam  kenyataan dan dapat  dikesan dengan 
pancaindera(وجود حمسي). Disisi Allah, amalan  orang mukmin sudah dikira  ada apabila  ada niat untuk melakukanya. Itulah antara kelebihan orang Islam .Ia terus mendapat pahala sesuatu amalan sebaik sahaja ada niat didalam hatinya untuk mengerjakannya, meskipun amalan itu belum lagi dikerjakannya. (13) Perkataan إنما di 

17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan