Ahad, Julai 12, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms018

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms018
___________________________________________________________
permulaan hadits merupakan أداة حصر . Ia memberi erti  hanya atau sahaja. Ma'na yang sama juga  akan anda perolehi jika  anda berkata : لا عمل إلا بالتية ( Tiada amalan dikira  melainkan dengan niat). Tetapi perlu  sekali  diingat  bahawa  penggunaan perkataan ini disini sama sekali bukan  untuk menghadkan  dan menetapkan kewujudan sesuatu amalan niat. Dengan kata lain ia tidak bererti  menafikan  kewujudan  sesuatu amalan tanpa adanya niat disebaliknya. Yang tidak wujud ialah pahala amalan  kalau tidak ada niat. Atau  sahnya amalan yang tiada ,jika tidak ada niat. Kerana itu ada pihak  yang mentaqdirkan sabda Nabi saw  إنما الأعمال بالنيات dengan   إنما ثواب الأعمال بالنيات atau لا عمل مثاب إلا بالنية.Ada pula pihak yang mentaqdirkannya dengan إنما  صحة عمال بالنيات
 atau إنما تصح الأعمال بالنيات atau   لا عمل صحيح إلا بالنية. 
 Demikianlah pendekatan sesetengah  ulama dalam  merungkai sabda baginda itu. Soalnya adakah  semua amalan  seharusnya mendatangkan pahala ? Adakah  semua amalan berkait  dengan sah atau tidak  menurut pandangan manusia  umunya, bahkan menurut  pandangan  agama sekalipun? Jawapan  tentu sekali  tidak! Amalan  bagaimanakah yang dimaksudkan  di dalam hadits tersebut? Bagaimanakah pula kita akan  menentukannya? Banyak sekali  persoalan yang akan timbul  dan perlu dirungkaikan sekiranya anda menerima pendekatan  yang dikemukakan tadi. (14) Pendekatan yang tidak akan  menimbulkan  banyak persoalan bagi penulis adalah pendekatan yang mengambilkira dua perkara berikut:
(a) Mengambil kira perkataan  الأعمال yang digunakan oleh Rasullah saw didalam  sabda baginda itu ditujukan kepada orang-orang yang beraqal atau mukallaf.
(b) Mengambil kira  perbezaan yang wujud diantara perkataan  عمل dan فعل. Perkataan  عمل  seharusnya dipakai  dengan  erti perbuatan  yang terhasil daripada pilihan dan ikhtiar  manusia. Maka sabda Rasullah saw seharusnya difahami  dalam makna yang umum. Tentu sekali ada niat disebalik semua perbuatan atau amalan  yang dilakukan oleh sesaorang manusia dengan pilihannya sendiri dan dengan penuh sedar. Sama ada  ia baik atau buruk(jahat) dan sama ada ia dilakukan oleh  orang-orang Islam atau bukan Islam. Seolah-olahnya baginda saw bersabda:Segala amalan (manusia mukallaf yang  dilakukan dengan pilihan dan ikhtiarnya) itu berlaku dengan niat. Tidak ada  amalan  berlaku tanpa niat. Semua manusia menerima hakimat ini. Setelah  mengemukakan hakikat  itu  Rasullah saw menambahkan  satu lagi hakikat yang mesti diterima apabila hakikat sebelumnya iaitu setiap orang  akan  mendapat apa yang diniatnya diakhirat nanti. Sama ada  berupa pahala atau berupa dosa. Bahagian  ketiga dan ke empat hadits tidak lebih daripada contoh untuk amalan yang diterima baik oleh Allah dan amalan yang merugikan manusia. Bagi penulis  disamping  menerima  dan  menghargai  beberapa poin yang telah dikemukakan oleh para ulama di  atas, apa salahnya kalau poin (14) juga diterima,memandangkan sabda-sabda Rasullah saw sering juga ditujukan kepada sekalian umatnya. Selain itu keluasan  dan kedalaman makna  sabda-sabda baginda saw  adalah hakikat yang tidak dapat  dipertikaikan oleh sesiapa pun. Antara tokoh yang telah  memilih pendekatan  ini ialah Maulana Ubaidullah ar-Rahmaani al- Mubaarakpurid dalam syarah Misykaatnya. 
Pengertian hijrah dan bahagian-bahagianya. Dari segi bahasa Arab  hijrah bererti  semata-mata meninggalkan ,perpindahan dan perpisahan. Menurut  pengertian  umum  syariat  hijrah ialah  meninggalkan apa yang dilarang Allah. Selain  tidak terikat  dengan masa dan tempat,ia merangkumi segala  bentuk  hijrah yang dituntut agama Islam daripada setiap pengikutnya. Islam menuntut  pengikutnya meninggalkan apa yang dilarang Allah dalam tanggapan (kepercayaan), tutur kata dan segala perbuatan serta tingkahlaku. Menurut  pengertian  khusus  syariat pula hijrah terbahagi kepada dua :
(a)Berpindah (hijrah) dari  negeri yang kacau  dan mengancam  agama ke negeri yang aman. Antara contohnya dalam sejarah ialah perpindahan (hijrah) para sahabat dari Mekah ke Habsyah.
(b) Berpindah dari negeri kafir  ke negeri Islam. Dalam konteks hadits diatas  berpindah dari Mekah (yang pada ketika itu merupakan negeri kafir) ke Madinah(yang  merupakan sebuah negeri Islam). Perpindahan dari Mekah ke Madinah ketika itu adalah wajib kepada setiap orang Islam secara amnya,sehinggalah Mekah jatuh ketangan Rasullah saw pada tahun ke  8 H. Setelah itu Baginda saw bersabda; لا  هجرة بعد الفتح   Bermaksud:Tiada  lagi hijrah selepas pembukaan Mekah.Sebabnya ialah Mekah

18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan