Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms020
___________________________________________________________
berwaspada terhadapnya. Hakikat bahawa wanita ( begitu juga sebaliknya) adalah perkara dunia yang paling menarik perhatian lelaki dan ia merupakan fitnah(ujian Allah) yang paling besar kepada lelaki dapat dilihat didalam firman Allah dan sabda RasulNya dibawah ini:
Aali-Imran 3:14
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
Bermaksud: Dihiaskan(dijadikan terasa indah )kepada manusia kesukaan kepada benda yang diinginkan nafsu, iaitu wanita-wanita, anak-pinak , harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan(ingatlah) di sisi Allah jua tempat kembali yang sebaik-baiknya(syurga).
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Bermaksud : "Tidak ku tinggalkan selepas satu fitnah (uijan Allah ) yang lebih berbahaya kepada lelaki daripada wanita"
( Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Humaidi,Ibnu Abin Syaibah , Tirmizi, Nasaii, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Thabaraani dan lain-lain).
(b)Olehkerana sebab wurud (latarbelakang yang mendorong hadits ini muncul) hadits ini adalah wanita(Ummu Qais), maka wajar sekalilah kalau wanita yang disebut sebagai salah satu contoh daripada benda-benda dunia yang disukai manusia
lelaki . فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. Dari segi I'raab, rangkai kata فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ boleh dikatakan sebagai mubtada' yang mahzuf (dibuang)khabarnya. Taqdir khabarnya
adalah قبية وغير صحبحة(keji dan tidak betul). Boleh juga dikatakan فَهِجْرَتُهُ itu mubtada' dan khabarnya
ialah إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. Inilah cara i'raab yang mashyur diterima dikalangan ulamak. Gabungan mubtada' dan khabar itu menjadi khabar pula kepada mubtada' sebelumnya iaitu من maushulah yang tersebut didalam
rangkaikata وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا bersama-sama silahnya. Rahsia disebalik penggunaan perkataan مَا didalamnya.
Dua sebab disebutkan oleh para ulamak sebagai rahsia kenapa Rasullah saw menggunakan perkataan مَا disitu.
(1)Olehkerana hijrah kerana dunia atau wanita bukan sesuatu yang baik dan layak disanjung. Bukan juga dunia atau wanita itu istimewa sangat benarnya sehingga layaj disebut berulang-ulang kali sama ada u tuk mengambil berkat daripadanya atau sebutannya membawa kelazatan kepada orang yang menyebutkanya, maka Rasullah saw menggunakan perkataan مَا sahaja untuknya. Perkataan مَا selain memberi makna umum, makna samar juga tersimpan didalamnya. Ertinya ialah sesaorang yang berhijrah atau melakukan sesuatu amalan yang zahirnya merupakan ketaatan kepada Allah belum pasti lagi dia ikhlas. Disebalik amalan-amalan seperti itu entah apa niat yang tersimpan didalam hati pelakunya!
(2)Baginda saw menggunakan perkataan مَا disitu untuk menunjukan banyak dan tidak terhadnya mata benda dunia yang mungkin menjadi tujuan dan maksud sesaorang melakukan sesuatu amalan. Berbeza dengan orang yang melakukan amalan kerana Allah .Olehkerana Allah dan RasulNya tidak berbilang dan tidak banyak, maka Rasullah saw mengatakan فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ.
Pengarang kitab Misykaat meletakkan hadits niat ini sebelum memulakan isi kitabnya yang sebenar yang bermula dengan kitab Iman dan seterusnya, mungkin sekali untuk menyatakan beberapa perkara berikut:
(1)Mengisyaratkan kepada niat itu berguna sangat dalam iman dan ibadat yang mana bab-babnya akan menyusul sebentar nanti.
(2)Seperti telah dikemukakan sebelum ini bahawa Imam Ibnu Mahdi pernah berkata: Sesiapa yang hendak mengarang kitab, dia hendaklah memulakannya dengan hadits ini. Allah bahkan berfirman didalam al-quran:
Al-Bayyinah 98:5
وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ
Bermaksud:Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,lagi tetap teguh diatas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat; dan yang demikian itulah agama yang benar.
Maka guru dan pelajar hadits semestinya berniat dan mengikhlaskan niat masing-
20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan