Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms019
Misykatul masabih - Muqadimah sesi 5 - 11-nov-12
___________________________________________________________
juga telah menjadi negeri Islam . Orang-orang Islam sudah bebas mengamalkan ajaran agama di sana sebebas mereka mengamalkannya di Madinah. Didalam masing-masing bahagian ketiga sabda Nabi saw diatas iaitu
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ
dan bahagian keempatnya
، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
terdapat 3 perkara:
Pertama :Amal. Baginda saw mengisyaratkan kepadanya dengan bersabda iaitu فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ . Ini kerana hijrah adalah suatu amalan .
Kedua: Niat. Baginda saw mengisyaratkan hijrah itu jika kerana Allah. Maka dia akan mendapat perkara
ketiga فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ sebagai hasil daripada amalnya yang ikhlas kerana Allah itu. Kemusykilan Nahunya yang sering ditimbulkan berhubung dengan bahagian ketiga dan keempat hadits diatas ialah kedua-dua Syarat dan Jazaa'nya atau mubtada' dan khabarnya kelihatan sama. Sedangkan kedua-dua bahagian itu sepatutnya berbeza. Anda tidak boleh berkata misalnya :من أطاع أطاع( sesiapa yang taat ,dia taat) tetapi anda boleh
berkata من أطاع نجا(sesiapa yang taat dia akan selamat) sebagai contohnya. Beberapa jawapan telah diberikan untuk merungkai kemusykilan itu. Antara lainnya ialah
(a) Perbezaan diantara Syarat dan Jazaa' atau mubtada dan khabar adakalanya dengan lafaz. Inilah yang biasanya berlaku. Tetapi adakalanya dengan ma'na sahaja . Perbezaan diantara Syarat dan Jazaa' atau mubtada' dan khabar dari sudut ma'na sahaja sudah memadai,walaupun pada lafaznya, kedua-duanya kelihatan sama. Ayat anda akan sah jika anda berkata: أنا أنا (aku adalah aku) atau أنت أنت (engkau adalah engkau),jika pada taqdirnya أنا atau أنت yang kedua itu ma'nanya tidak sama dengan أنا atau أنت yang pertama. Ma'na أنا yang kedua misalnya dikatakan الكلمل في المروءة( betul- betul bermaruah)
atau الكامل في الشجاعة(betul-betul berani) dan ma'na أنت yang kedua pula misalnya dikatakan الصديق الخالص(kawan setia). Begitu juga dengan bahagian ketiga hadits diatas. Walaupun lafaz Jazaa' dan Khabarnya kelihatan sama dengan lafaz Syarat dan mubtada'nya, namun ma'nanya tetap tidak sama. Kerana ma'na Jazaa' dan Khabarnya misalnya dikatakan فقد وقع أجره على الله. Soal kenapa lafaz Jazaa' atau khabar digunakan dalam lafaz yang sama dengan lafaz Syarat atau mubtada', itu sebenarnya merujuk kepada ilmu Ma'ani. Kadang-kadang untuk memberikan ma'na-ma'na مبالغة في التعظيم( sangat memuliakan atau menghormati),مبالغة في التحقير(sangat menghina atau memandang lekeh),تبرك(mengambil berkat) اسقلذاذ(berasa nikmat dan bahagia dengan menyebut perkataan yang sama beberapa kali) atau lain-lain lagi. Jazaa' dan khabar bagi bahagian ketiga hadits itu telah digunakan dengan lafaz Syarat atau mubtada'nya mungkin untuk memberi ma'na مبالغة في التعظيم atau تبرك atau استلذاذ. Semuanya sesuai. Jazaa dan khabar bagi bahagian keempat hadits itu pula telah digunakan dengan lafaz Syarat dan mubtada'nya, mungkin sekali untuk memberi ma'na مبالغة في التحقير. Penggunaan seperti ini banyak sekali terdapat dalam bahasa Arab. Antara contohnya ialah syair Abu an-Najm al-Ijli ini:
أنا أبو النّجْمِ وشِعْرِى شِعْرِى ◇ لله دَرُى ما أجَنَّ صَدْرِى
Aku Abu an- Najmi. Syairku adalah syairku. Aduh! Alangkah gilanya hatiku.
Perkataan شِعْرِى yang kedua didalam Syair ini adalah Khabar .Mubtada'nya ialah شِعْرِى yang pertama. Pada lafaz zahir, kedua-duanya sama. Tetapi pada maknanya tidak sama . Kerana perkataan شِعْرِى kedua ditaqdirkan dengan
كشعرى فيما مضى أي شعْرِى الآن كشعرى فيما مضى
Syairku adalah syair yang terkenal dengan kesenian yang lepas-lepas. Atau
شِعْرِى هو شعرى المشهور بالبلاغة
Syairku adalah syair yang terkenal dengan kesenian bahasanyanya.
(b)Walaupun lafaz kedua-duanya sama tetapi maknanya tidak sama. Kerana apa yang ditaqdirkan dan dibuang dihujung jumlah syarat dan mubtadaknya berbeza daripada apa yang ditaqdirkan dan dibuang dihujung jumlah syarat dan mubtadaknya berbeza daripada apa yang ditaqdir dan dibuang dihujung jumlah Jazaa dan Khabarnya. Kalau dinyatakan, nescaya ia akan kelihatan begini:
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ قَصْدًا وَنِيَّهَّ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ وَشَرْعًا.
Dengan itu tidak ada lagi kesamaan diantara kedua-duanya. Perkataan yang tersebut didalam bahagian keempat hadits sudah pun merangkumi perkataan wanita tersebut selepasnya. Soalnya kenapa disebut pula perkataan wanita selepas disebutkan perkataan dunia yang telah pun merangkuminya? Beberapa jawapan telah diberikan . Antaranya ialah (a) Olehkerana wanita merupakan fitnah(ujian Allah) yang paling besar kepada lelaki(begitu juga sebaliknya),ia disebutkan secara khusus selepas termasuk dibawah perkataan dunia secara umum untuk menarik perhatian kaun lelaki agar lebih
19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan