Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms021
20121014 siri 4
___________________________________________________________
masing apabila mereka hendak memulakan pengajian.
(3)Olehkerana Sayyidina Umar menyampaikan hadits niat ketika beliau sedang berkhutbah diatas mimbar, maka wajar sekali kalau hadits yang disampaikan itu juga dirakamkan didalam khutbah di atas mimbar, maka wajar sekali kalau hadits yang disampaikan itu juga dirakamkan didalam khutbah kitab Misykaat.والله أعلم.
Antara pengajaran, panduan dan hukum yang dapat diambil daripada hadits ini ialah
(1) Segala amalan dari segi sah atau tidaknya, sempurna atau kurangnya, taat atau maksiatnya terhenti atas niat atau bergantung pada niat. Orang yang melakukan amalan-amalan ketaatan dengan maksud menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas kerana Allah adalah berdosa. Orang yang berjihad dengan tujuan meninggikan agama Allah akan mendapat pahala yang sempurna. Tetapi kalau ada juga niat dihatinya hendak mendapat harta rampasan perang, maka pahalanya akan berkurang. Orang yang berjihad dengan niat hendak mendapat harta rampasan perang semata-mata, tidak berdosa tetapi dia tidak akan mendapat pahala sebagai seorang mujahid (pejuang sebenar). Hadits ini dikemukakan oleh Rasullah saw untuk menyatakan segala amalan walaupun zahirnya berupa ketaatan atau maksiat berbeza kerana niat.
(2)Niat adalah syarat utama dalam sesuatu amalan ibadat atau ketaatan. Tidak ada amalan dikira melainksn dengan niat.
(3)Tempat niat adalah dihati . Para ulamak berbeza pendapat tentang mengucapkan lafaz niat itu. Ada yang mengatakan ia mustahab atau sunat, ada yang mengatakan makruh dan ramai sekali diantara mereka mengatakan ia bid'ah. Alasan mereka ialah Nabi saw sendiri para sahabat dan para imam mujtahidin tidak pernah mengucapkan mana-mana lafaz niat untuk apa-apa ibadat yang mereka lakukan selain ibadat haji dan umrah. Pendapat inilah yang lebih tepat insyallah.
(4)Didalam hadits ini terdapat amaran daripada Nabi saw supaya umatnya berhati- hati dan berwaspada terhadap perasaan riyaa'( menunjuk-nunjuk), sum'ah( perasaan suka kalau orang mendengar dan tahu tentang sesuatu amalan kebajikan yang dibuat)atau beramal kerana selain Allah. Kerana semua sifat-sifat keji itu boleh menghapuskan pahala suatu amalan kebajikan. Malah ada kalanya ia boleh membatalkan amalan itu sendiri.
(5)Kita umat Islam dikehendaki menjaga dan mengawal hati serta mengambil berat tentangnya,supaya ia tidak terpesong dan tersasar daripada landasan keikhlasan.
(6) Berhijrah dari negeri kafir ke negeri Islam adalah antara ibadat yang sangat istimewa sekiranya ia dilakukan bener-benar kerana Allah. Kerana itulah nabi saw pernah bersabda kepada Amar bin Al-ash
أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْإسْمَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلِهَا وَأنَ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ
Bermaksud :Tidakkah engkau tahu bahawa sesungguhnya Islam itu merobohkan(menghapuskan) dosa-dosa yang dilakukan sebelumnys, hijrah merobohkan (menghapuskan) dosa-dosa sebelumnya dan haji(juga) merobohkan (menghapuskan) dosa- dosa yang dilakukan sebelumnya?(Muslim,Ibnu Khuzaimah dan Abu Awanah)
(7) Pahala amalan sesaorang mengikut niatnya. Walaupun ia mengerjakan satu amalan sahaja tetapi kalau disamping itu ia memasang beberapa banyak niat baik yang lain, nescaya ia akan memperolehi banyak pahala berdasarkan niat-niatnya yang baik itu.
(8) Keelokan membuat contoh dan perbandingan bagi setiap pengajaran yang diberikan supaya mudah difahami.
(9)Kadang-kadang seseorang mendapat pahala atau berdosa atau tidak mendapat apa-apa kerana niatnya.
(10)Amalan-amalan kebiasaan manusia atau amalan-amalan yang didorong oleh tabiat dan naluri manusia seperti makan, minum, tidur dan sebagainya boleh mendatangkan pahala jika diserta niat yang baik bersamanya.
(11)Amalan yang sama mungkin mendatangkan pahala kepada sesaorang, mungkin juga mendatangkan dosa kepadanya.Perkara yang membawa hasil yang berbeza kepadanya ialah niat.
(12)Keikhlasan adalah syarat yang mesti untuk diterima sesuatu amalan.
(13). Hadits inilah yang dijadikan asas dan sandaran oleh para fuqaha untuk satu qaedah fiqh ciptaan mereka yang berbunyi الأمور بمقاصدها Bermaksud :Segala perkara dikira berdasarkan maksud- maksudnya.
21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan