Rabu, Julai 08, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms015

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms015
___________________________________________________________
diniatkan tadi. Sesuatu amalan baik yang dilakukan  oleh dua individu yang berbeza,mungkin kelihatan sama sahaja.Tetapi  natijah  dan pahalanya mungkin sama sekali tidak sama. Contohnya jika  sesaorang pergi ke  asjid hanya dengan niat  untuk menunaikan  solat  berjemaah  semata-mata, ia  akan mendapat pahala solat berjemaah di masjid  sahaja sebagaimana yang dijanjikan di dalam hadits-hadits. Tetapi sesaorang yang menyertalan niat hendak bersolat secara berjemaah  di masjid dengan niat akan beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain, menghadiri majlis ilmu yang diadakan di masjid ,bersolat sunat tahiyyatu al- masjid  dan lain-lain akan mendapat  ganjaran  tambahan  yang lain pula. Jika dia juga berniat  apabila pulang dari masjid nanti,akan singgah dirumah salah seorang teman yang sakit untuk   menziarahinya atau setidak-tidaknya akan membawa pulang buah tangan untuk anak isteri dirumah,tentu dia akan  membolot begitu banyak  pahala hasil daripada niatnya untuk melakukan amalan-amalan sampingan sebagai bonus daripada tujuan yang asal iaitu berjemaah di masjid. Apa lagi jika amalan  yang akan dilakukan sesaorang itu berupa suatu sumbangan yang besar  kepada Islam dan umatnya. Sebagai contoh, jika sesaorang berniat hendak menjadi  seorang ulamak  yang berjasa kepada masyarakat , dia menyertakan niatnya itu  dengan usaha yang  gigih dan konsisten  sesuai  dengan matlamatnya  yang tinggi dan mulia itu. Pengorbanan  demi  pengorbanan  telah dilakukannya dalam usaha mencapai matlamatnya. Namun  sekiranya  ditakdirkan  niat yang baik  dan besar  tersebut tidak tercapai , sama ada kerana dirintangi  aral yang  tidak mampu ditempuhnya atau dijemput ajal sebelum  sempat menyempurnkannya, Allah swt tetap akan mengira amalan yang diniatkannya dan mengganjarkan paha sesuai dengan  matlamatnya yang asal. Walaupun apa yang diniatkannya dahulu tidak menjadi kenyataan. Balasan  yang akan Allah berikan kepadanya adalah  sesempurna niatnya. Walhal sekiranya pelajar tersebut berjaya sekadarnya atau berumur panjang dan ternyata dia tidak mampu  merealisasi  niatnya yang disematkan dulu.Dia hanya akan menerima ganjaran sekadar yang mampu  dilaksanakannya sahaha. Inilah faedah  dan kelebihan  niat. Kerana pahalanya akan tetap diberikan  Allah swt tanpa dilaksanakannya amalan tersebut. Malah ganjarannya akan berpanjangan dan  berkekalan walaupun setelah  di meninggal dunia. Walaubagaimanapun amalan-amalan yang  dikira berdasarkan  niat  tersebut  hanyalah  amalan-amalan ketaatan dan kebajikan sahaja. Sesuatu  ibadat yang tidak disertakan dengan apa-apa niat  tidak dikira atau tidak sah.  Sesuatu amalan maksiat  yang dilakukan  dengan niat  untuk membuat sesuatu kebajikan ,contohnya melacur untuk  membantu  anak-anak yatim, pasti  tidak akan diterima sebagai  amalan kebajikan malah  ia tetap dikira berdosa. Begitu  juga sebaliknya jika sesuatu  amalan  ibadat atau kebajikan  dilakukan  dengan niat  yang terpesong ,umpamanya untuk menunjuk-nunjuk ,maka ia tidak akan  menghasilkan  sebarang pahala  malah lebih  malang lagi amalan seperti itu mendatangkan  dosa pula. Berbeza  dengan amalan-amalan  atau perkara-perkara mubaahaat(harus) seperti makan, minum dan sebagainya tetap  akan menjadi walaupun  tanpa ada sebatang niat.
Begitupun  jika ia disertakan  dengan niat  yang baik ,tetap juga akan menghasilkan  pahala.
Bahagian kedua hadits niat iaituوإنما لكل امرىء ما نوى (Setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya) seimbas lalu tidak lebih  daripada pengulangan  semula bahagian  pertama hadits. Apakah ada sebenarnya  perbezaan diantara bahagian pertama dan bahagian keduanya? Berikut dikemukakan beberapa pandangan ulamak  hadits tentang perhubungan diantara dua bahagian hadits tersebut.
(1)Iman Qurtubi berpendapat  bahagian kedua tidak lebih daripada penguat(تأكيد) kepada bahagian pertama hadits. Olehkerana niat adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan penentu kepada sah atau tidaknya sesuatu  amalan manusia, Rasullah saw tidak 
bersabda إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ semata-mata,malah untuk menguatkan nya Baginda menegaskan pula dengan bahagian  kedua hadits dalam susunan  ayat dan gaya bahasa yang lain, iaituوَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى. Sedangkan  kedua-duanya menyatakan perkara yang sama. Kalau mafhum bahagian pertama hadits ialah  amalan  sesaorang  baru diterima Allah  apabila pelakunya betul. Tetapi amalanya tidak akan  diterima kalau niatnya tidak betul. Maka mafhum  ahagian kedua hadits pula ialah kalau niat  sesaorang betul,ia menjadi penyebab kepada balasan baik yang akan diterimanya untuk

15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan