Rabu, Ogos 26, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(140)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(140)
Sesi 07(15,16,17).

yang merupakan umat terakhir supaya dapat dijadikan sebagai asas kepada sebuah masyarakat Islam dan
negara Islam yang akan terbentuk di Madinah al-Munawwarah.

Antara Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1 . Dalil-dalil tauhid khaliqiyyah.Perhatikan kepada dalil-dalil yang diberikan sebagai bukti kepada tauhid khaliqiyyah yang terdapat didalam Surah an-Nahl:

(a) Allah adalah خالق (pencipta) langit dan bumi, kerana itu tidak wajar sama sekali manusia mengamalkan syirik dengan menjadikan makhluk setaraf dengan khaliq. 
(Ayat: 3).
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّۚ تَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ 

Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Mahatinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.


(b) Allah telah menciptakan manusia daripada نطفة(air mani), oleh itu manusia hendaklah meninggalkan
sifat suka membantahNya dengan mengenang kembali hakikat asal kejadiannya (Ayat: 4).
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ 
Dia telah menciptakan manusia dari mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata.

(c) Allah juga mencipta binatang-binatang ternakan yang sangat berguna untuk manusia, kerana itu Dialah yang patut disyukuri dan disembah (Ayat: 5).
وَٱلْأَنْعَٰمَ خَلَقَهَاۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَٰفِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ 

Dan hewan ternak telah diciptakan-Nya, untuk kamu padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebagiannya kamu makan.

(d) Allah s.w.t. telah menciptakan kuda, baghal dan keldai sebagai kenderaan dan sebagai perhiasan untuk manusia, Allah akan terus mencipta banyak lagi benda-benda (kenderaan-kenderaan) lain di masa akan datang yang kamu tidak mengetahui tentangnya (Ayat: 8).
وَٱلْخَيْلَ وَٱلْبِغَالَ وَٱلْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةًۚ وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 
dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal, dan keledai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.

(e) Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah oleh manusia tidak pemah menjadikan apa-apa bahkan ia sendiri adalah makhluk (Ayat: 20). Sedangkan apa yang mereka sembah selain Allah tidak ada mencipta apa pun. Sebaliknya mereka sendiri adalah makhluk (yang dicipta).
An-Nahl 16:20
وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ 
Dan (berhala-berhala) yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apa pun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang.


(f) Bayang-bayang setiap benda yang dijadikan Allah juga dengan hina tunduk dan bersujud kepadaNya.
(Ayat:48).

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىْءٍ يَتَفَيَّؤُا۟ ظِلَٰلُهُۥ عَنِ ٱلْيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دَٰخِرُونَ 
Dan apakah mereka tidak memperhatikan suatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati.

(g) Allah s.w.t. menjadikan manusia dalam suatu bentuk dan keadaan yang memestikan ia mati, ada diantara manusia yang dipanjangkan umurnya sehingga menjadi nyanyuk setelah ia mempunyai ilmu yang

140

Tiada ulasan:

Catat Ulasan