Rabu, Ogos 26, 2020

Tafsir asas quran notabaca 4(060-061)s

Tafsir asas quran notabaca 4(060-061)s

(11) Keperluan Menentukan Mesej Utama Setiap Surah.
Usul kesebelas untuk memahami al-Qur'an dengan baik ialah mencari, memilih dan kemudian menentukan tema atau judul yang menggambarkan mesej utama bagi setiap
surah. Dalarn istilah Maulana Hameeduddiin Faraahi, tema atau judul itu dipanggil عمود atau مركزى مضمون . 

Cara mendapatkannya ialah dengan: 
(i) Membahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan. 
(ii) Kemudian menarik kesimpulan daripada ayat-ayat yang
terdapat di dalam setiap perenggan. Dan akhir sekali 
(iii) Membuat kesimpulan daripada keseluruhan ayat-ayat yang tersebut di dalam setiap perenggan sebagai mesej utama surah. 

Mesej utama surah itulah juga yang dikira sebagai tema atau judul sesuatu surah.Itulah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengetahui mesej utama sesuatu surah.

Beberapa Contoh Mesej Utama Surah
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh nresej utama surah atau tema dan judul yang terhasil daripada mengikuti langkah-langkah yang dikemukakan tadi:
(a) Mesej utama surah al-Baqarah - Penukaran kepimpinan.
(b) Mesej utama surah al-A'raaf - Punca kebinasaan dan kebangkitan sesuatu umat (kaum).
(c) Mese'j utama surah Huud -- Tauhid dan istighafar penyelamat umat manusia.


(d) Mesej utama surah al-Qashash Kesombongan  dan sifat suka melakukan kerosakan di muka bumi membawa padah kepada manusia baik di dunia mahupun di akhirat.

(e) Mesej utama surah at-Tiin - Adanya dalil-dalil naqli dan 'aqli tentang kewujudan hari kiamat. 

Peringatan:
( I ) Kerangka kasar (struktur makro) yang tepat bagi sesuatu surah akan menghasilkan mesej utamanya yang tepat.
(2) Ayat-ayat yang menyentuh pelbagai topik di dalam setiap surah perlu direnungi apabila hendak mengeluarkan mesej utamanya. Kerana ia sendiri akan menunjukkan apa
tema dan judul atau mesej utama sesuatu surah.


61

Tiada ulasan:

Catat Ulasan