Khamis, Ogos 27, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms047

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms047
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms047

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 47

IeIaki itu seterusnya berkata: "Beritahulah kepadaku tentang hari kiamat.⁵⁴ Jawab Nabi '*Tidaklah orang Yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya".⁵⁵ Kata lelaki itu (lagi):
 __________________________________________________________

di dalam maksud ihsan istilahi juga tetap terkandung masna lughawinya iaitu memperelokkan, berusaha memperbaiki dan berusaha mcngerjakan ibadat dengan sebaik mungkin supaya ganjaran dan balasan yang diperolehi juga merupakan yang terbaik. Usaha itu boleh dicapai apabila seseorang beribadat dengan penuh ikhlas, khusyu', khudhu(penuh dengan rasa rendah diri), cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Ibadat seseorang akan dikira telah mencapai dua darjat ihsan tersebut sekiranya ia berasa seronok, sedap, ni'mat, lazat, puas dan tenang (sama ada biasa atau luar biasa) apabila mengerjakannya. Keadaan inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda Baginda:  Bermaksud: "Ketenangan jiwaku terletak di dalam sembahyang." Apa yang disebut Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas hanya suatu tamsilan untuk memahamkan manusia sahaja. Kerana itulah Baginda s.a.w. bersabda: "seolah-olahnya engkau nampak Dia." Kita tentunya tidak akan dapat melihat Allah di dunia ini, maka dikatakanlah 'seolah-olahnya'. Memandangkan manusia pada ketika melakukan sesuatu pekerjaan, pasti akan lebih bersungguh-sungguh dan lebih memberikan perhatian kepada kerjanya, jika dia nampak sang majikan tercegat di hadapannya. Manusia yang hidup di zaman  moden yang serba canggih ini kiranya akan lebih mudah memahami maksud tamsilan Rasulullah s.a-w. itu. Ambil saja sebagai contoh sebuah pejabat.  Bagaimana keadaan pekerja-pekerja yang terdiri daripada pelbagai tahap pangkatnya, pegawai, kerani, peon, pengawal keselamatan dan Iain-Iain. Tidakkah semua mereka lebih tekun menjalankan kerja masing-masing jika bos atau majikan ada di hadapan mereka? Dalam keadaan majikan tidak ada di hadapan, suasana pejabat biasanya menjadi Iain. Agak lesu. Kadang-kadang jadi seperti pasar! Bagaimana pula kalau semua pekerja itu sedar, walaupun majikan tidak ada di hadapan, mereka juga tidak nampak dia, tetapi dia tetap nampak mereka. Menerusi kamera litar tertutup (cctv) misalnya. Tidakkah dalam keadaan ini, suasana pejabat tetap akan teratur dan kerja-kerjanya berjalan lancar seperti bos atau majikan ada di hadapan mereka juga?? Ya, tentu kan! Kenapa? Jawabnya ialah kerana "Sekalipun engkau tidak nampak dia, (ingat!) dia tetap nampak engkau." Macam mana? Macam-macamlah caranya.

⁵³ Selalu juga jawapan Nabi s.a.w. ini diterjemahkan begini: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka (ketahuilah) sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu". Penulis berpendapat, terjemahan ini betul juga. Perkataan إِنْ pada فَإِنْ; dipakai sebagai  إِنْ syarat إن شرطية yang menghendaki jawab dan jazaa'nya. Huruf faa' pada فَإِنَّهُ يَرَاكَ bukan jawab kepada sebenarnya. la bahkan faa'  ta'lil yang memberi erti kerana, sebab dan sebagainya. Jawab إِنْ yang sebenarnya dibuang (محذوف). Taqdirnya ialah 
 فاستمر على إحستن العبادة
 (teruslah engkau memperelokkan ibadatmu) فَإِنَّه يَرَاكَ (kerana / sebab dia sentiasa melihatmu).

Perkataan إِنْ pada فَإِنْ dalam terjemahan yang dipilih penulis pula dipakai sebagai   وَصْلِيَّة bukan شرطية     . Kerana itulah ia diterjemahkan dengan 'sekalipun'. Taqdirnya ialah 
فإنك لم تكن تراه فإنه يراك
(Sesungguhnya engkau sekali pun tidak nampak Dia, Dia tetap nampak engkau).

⁵⁴ Agak jelas kelihatan kesinambungan antara tiga soalan Jibril sebelum ini. Kerana Islam, iman dan ihsan (meperelokkan atau mengikhlaskan ibadat dan amalan) memang berkait rapat dan saling memerlukan. Berbeza dengan soalan keempat ini iaitu soalan tentang bila akan berlaku kiamaL Perkaitannya dengan tiga soalan sebelumnya tidak begitu ketara. Namun jika direnungi sejenak, akan nampaklah relevansinya dengan tiga soalan sebelumnya. Maksud kejadian bumi terhasil dengan adanya Islam, iman dan ihsan (ikhlas). Setelah ketiga-tiganya berada di puncak kejayaan, kesempurnaan dan kemenangan, tibalah pula masa kejatuhan dan kelenyapannya. Akibat daripada runtuh tiga perkara tersebut itulah runtuh pula bangunan alam bawah. Keruntuhan itu menurut istilah agama dipanggil kiamat. Itulah rahsia di sebalik empat soalan Jibril dengan tertib yang dikemukakan Oleh hadits di atas.


47

Tiada ulasan:

Catat Ulasan