Daurah tafsir 2019 sesi 08nota8(157)
Zaman Diturunkan
Surah al-Kahfi diturunkan di permulaan tahun ke-5 Kenabian sebelum Surah az-Zumar dan sebelum
hijrah ke Habsyah (bulan Rejab 5 Kenabian). Ketika itu orang-orang Islam telah mulai dianiaya oleh orang-orang kafir di Mekah. Di dalamnya terdapat bimbingan kepada orang-orang Islam dalam menyampaikan da'wah Islam kepada orang-orang Kristian di Habsyah. Anak-anak muda Islam dari kalangan sahabat khususnya dipimpin supaya menjadi seperti Ashaabul Kahfi yang telah berjaya dalam
ujian tauhid, mereka juga diberi bimbingan supaya tidak terpengaruh dengan tekanan ibu bapa yang musyrik dan juga pemimpin-pemimpin Quraisy yang zalim.
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Terdapat beberapa hadits Rasulullah s.a.w. berhubung dengan kelebihan surah ini:
(1)
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ
Bermaksud: "sesiapa yang menghafal sepuluh ayat di
permulaan Surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada Dajjal" Hadits riwayat Muslim daripada Abi Dardaao, Hadits 1919.
(2)
مَنْ قَرَأَ ثَلَاثَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Bermaksud: sesiapa membaca tiga ayat di permulaan
Surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada Dajjal"
Hadits sahih riwayat Tirmizi daripada Abi Dardaa', Hadits 2,868.
(3)
فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ فَإِنَّهَا جِوَارُكُمْ مِنْ فِتْنَتِهِ
Bermaksud: "sesiapa daripada kamu yang sempat dengan Dajjal, dia hendaklah membaca di hadapannya beberapa ayat daipada Surah atr-Kahfi,kerana ia dapat melindunginya daripada fitnah Dajjal".
Hadits sahih riwayat Abu Daud, Hadits 4,323.
(4) Ada seorang sahabat sedang membaca Surah al-Kahfi, di luar rumahnya ada seekor kuda yang terikat. Bila kuda itu merengkik dia terus mendongak, dilihatnya segumpal awan di langit. Sahabat itu telah menceritakan peristiwa yang dilihatnyakepadaNabi s.a.w., maka Nabi s.a.w. bersabda:
فَإِنَّهَا السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ الْقُرْآنِ أَوْ تَنَزَّلَتْ لِلْقُرْآنِ
Bermaksud: "Itulah السَّكِينَةُ (cahaya ketenangan) yang turun ketika dibaca al-Qu'ran atau kerana dibaca al-Qur'an"
Hadits nwayat Muslim daripada Baraa' bin'Aazib, Kitab shalat orang-orang musafir, Bab ke-36, Hadits 1,893.
(5)
مَنْ قََرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَومِ الْجُمُعَةِ أَضَاءِ لَهُ مِنِ الُّورِ مِا بَيْنِ الجُمُعَتَينِ
Bermaksud: "sesiap a yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ia akan menjadi cahaya kepadanya di antara dua Jumaat". Hadits riwayat al-Baihaqi di didalam Sunannya daripada Abi Sa'id al-Khudri, Kitab Jumaat, Hadits 5,792.
(6)
مَنْ قََرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ كَانَتْ لَهُ نُوْرًا يَومَ القِيَامَة مِقَتمِهِ إِلِى مَكِّةَ وَمَنْ قَرَاَ آيَاتٍ مِنْ آجْرِ هَا ثُمَّ خَرَجَ الدَّجِّالُ يَضْرَّهُ
Bermaksud: "sesiapa membaca Surah al-Kahfi dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat yang menyinari tempatnya hingga ke Mekah, dan sesiapa membaca 10 ayat di akhirnya kemudian (andaikata)
157
Tiada ulasan:
Catat Ulasan