Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms065
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 10
25 Ogos 13.
Misykatul masabiih 65
Cinta atas dorongan iman, agama dan syariat الحب الإيماتي والحب الشرعي.
Keempat: Cinta atas dorongan isyq (الحب العشقي)Cinta atas dorongan naluri atau tabiîat semula jadi ialah seperti kasih seseorang terhadap diri sendiri, ibu bapa, anak pinak atau sesuatu yang disayangi tanpa ada sebarang alasan logik, ketentuan agama dan adat resam. Cinta ini tetap ada walaupun pada binatang yang tidak beraqal. Ia merupakan perasaan manusia yang di luar batas ikhtiarnya.
Cinta atas dorongan 'aqal ialah Cinta yang beralaskan logik dan perhitungan untung rugi atau baik buruknya sesuatu yang dihadapi. Menurut tabi'at semula jadi manusia, tidak ada siapa pun suka ibu jari kakinya dipotong. Tetapi dalam keadaan sedar jika ibu jari kaki dipotong selesailah masalah dan jika ibu jari kaki tidak dipotong pula penyakit akan terus merebak ke anggotaanggota yang lain. Pada ketika itu bukan ibu jari kaki sahaja yang perlu dipotong, tetapi mungkin sampai ke bahagian atas paha. Pesakit bijak yang menghadapi situasi ini tentu akan memilih ibu jari kakinya saja dipotong. Ubat yang pahit tidak disukai semua pesakit. Namun begitu pesakit tetap meneguknya lantaran sedar ia dapat menghilangkan kesakitan yang ditanggungnya. Contoh-contoh ini menunjukkan Cinta atas dorongan 'aqal sering kali dapat mengatasi Cinta atas dorongan naluri. Cinta ini termasuk dalam batas ikhtiar manusia.
Cinta atas dorongan iman, agama dan syarițat ialah pilihan hati manusia untuk mengikuti segala tuntutan iman dan agama, walaupun ia tidak sesuai dengan kehendak nafsu dan tabiîat asal kejadiannya. Apa-apa tindakan yang dibuat atas dorongan Cinta ini tentunya tanpa perhitungan untung rugi atau baik buruknya menurut kaca mata keduniaan. Lihatlah kepada seorang tua yang terketar-ketar bangun di waktu subuh di negeri yang sangat sejuk, lalu berwudhu' dengan air dingin yang menyucuk sampai ke tulang hitam dan bersembahyang dengan penuh khusyuî , pada ketika orang-orang yang tidak beragama nyenyak tidur dengan berselimut litup. Apakah keuntungan dan kebaikan duniawi yang mendorongnya bersusah payah sedemikian rupa? Tidak ada apa-apa. Apakah kerugian dan keburukan duniawi yang dibimbangi akan menimpa dirinya jika tidak bersembahyang subuh? Ya, tidak ada apa-apa juga kalau di lihat dari sudut pandangan keduniaan. Contoh ini menampakkan betapa Cinta atas dorongan iman dan agama itu mengatasi dua jenis Cinta yang tersebut sebelumnya. Cinta ini juga termasuk dalam batas ikhtiar manusia. Cinta atas dorongan isyq pula merupakan puncak Cinta atas dorôngan iman dan agama. Apabila ajaran agama dilakukan satu per satu tanpa mengambil kira akibatnya, sama ada ia membawa keuntungan dan kebaikan duniawi atau tidak. Perintah dan larangan Allah pula tidak dituruti kerana mengharapkan syurga dan takutkan nerakaNya, malah ia dituruti semata-mata kerana datangnya dari Allah dan RasulNya. Orang mu'min yang berada pada maqam ini hanya mengambil kira redha (perkenan) Allah dan RasulNya semata-mata, walaupun untuk mendapatkannya ia terpaksa tersisih atau disisihkan. Berada jauh dari kekasih dan tidak dapat berhadapan muka dengannya, meskipun terasa amat berat dan sangat-sangat menekan batin, tetapi jika itulah kehendaknya dan jika di situlah terletak redhanya, ia juga akan diterima dengan senang hati. Keadaannya benar-benar seperti kata penyair أريد وصةله ويريدُ هَجْري فاترك ما أريدُ لما يريدُ
Bermaksud: ”Aku mahu bertemu dengannya. Dia pula mahu berpisah denganku. Maka ku tinggalkan kehendakku demi kehendaknya.” Kemahuan dan kehendak orang yang berada pada maqam ini sebenarnya telah lebur dalam kemahuan dan kehendak kekasihnya. Anda dapat melihat contoh Cinta atas dorongan isyq ini pada kisah Wahsyi yang telah membunuh bapa saudara Nabi s.a.w, Hamzah. Wahsyi akhirnya memeluk agama Islam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Rasulullah s.a.w. tidak dapat melihat Wahsyi kerana terkenangkan Hamzah yang dibunuhnya. Lihat apa kata Rasulullah s.a.w, kepadanya dan apa pula reaksinya:
وَيْحَكِ غَيِّبْ عَنِّ وَجْحًك فَلَا أَرَيْنَكَ قالَ فَكُنْت أَتْنًكًبُ رسول اللهُ صلى الله عليه وسلم كَان لِنَلَا يَرَانِي حَتِّى قَبَضْهُ الله صلى الله عليه وسلم
Bermaksud: Ah! Tolong jangan tunjukkan mukamu kepadaku. Aku tidak dapat melihatmu. Kata Wahsyi: ”Kerana itu aku sentiasa mengelak diri daripada Rasulullah s.a.w. di mana saja Baginda berada, supaya aku tidak kelihatan kepadanya sampai Baginda s.a.w. meninggal dunia.”
(Lihat Sunan Baihaqi, Musnad Abu Daud at-Thayaalisi, Usdu al-Ghaabah, Siyaru Aț laami an-Nubalaa' dan lain-lain).
Walaupun Wahsyi hendak sangat berhadapan muka dengan Rasulullah s.a.w, tetapi oleh kerana Rasulullah s.a.w. tidak dapat melihatnya, beliau redha saja dengan keputusan Baginda s.a.w. itu.
65
Tiada ulasan:
Catat Ulasan