Sabtu, September 19, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(162)

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(162)

Zaman Diturunkan
Surah Maryam adalah satu Surah Makkiyyah. Ia diturunkan sebelum hijrah ke Habsyah yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, ketika itu orang-orang Islam menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang musyrikin di Mekah. Para sahabat yang akan berhijrah ke Habsyah perlu sekali dididik untuk menghadapi orang-orang Krisitian di Habsyah, maka surah yang membimbing mereka bermujadalah dan
berdiskusi dengan Ahli Kitab diturunkan. Sayyidina Ja'far bin Abi Thalib r.a. telah membaca surah ini di hadapan raja Najasyi.

Perkaitan Surah Maryam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Ayat terakhir Surah al-Kahfi yang telah berlalu sebelum Surah Maryam menjelaskan aqidah tauhid
dengan firman Allah !(Al-Kahf 18:11)أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ
(sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa).dan manusia dilarang melakukan syirik dalam ibadat.
Mesej utama Surah Maryam ini pula ialah menolak aqidah trinity (tritunggal) dan membuktikan kebenaran aqidah
tauhid.
2. Disebutkan di permulaan Surah al-Kahfi bahawa salah satu tujuan al-Qur'an diturunkan ialah untuk
mengingatkan orang-orang Kristian tentang kesilapan aqidah mereka (Ayat:4).
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًا 
Dan untuk memperingatkan kepada orang yang berkata, “Allah mengambil seorang anak.”


Di dalam Surah Maryam ini pula terdapat ayat-ayat seperti ayat ke-35 berikut:
مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍۖ سُبْحَٰنَهُۥٓۚ
Tidak patut bagi Allah mempunyai anak, Mahasuci Dia. 
Dan ayat ke-92 yang membuktikan Allah tidak mempunyai anak.
وَمَا يَنۢبَغِى لِلرَّحْمَٰنِ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا 
Dan tidak mungkin bagi (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak.

3. Dunia hanya perhiasan untuk sementara waktu yang benar-benar kekal ialah amal shaleh.
Di dalam Surah al-Kahfi tersebut ayat di bawah ini: (Ayat: 46).
ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا 
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Ia jelas menunjukkan kehidupan dunia hanyalah perhiasan sementara. Yang kekal dan berguna di sisi tuhan hanyalah amalan shaleh. Di dalam Surah Maryam, perkara yang sama disebutkan (Ayat:76).
 وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَّرَدًّا 
 Dan amal kebajikan yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

4. Di dalam Surah Maryam aqidah tauhid dibuktikan berdasarkan sejarah kehidupan Nabi 'Isa dan beberapa orang nabi yang lain, di dalam Surah Thaha akan datang, dikemukakan kehidupan Nabi Musa yang jelas memperjuangkan aqidah tauhid.

162

Tiada ulasan:

Catat Ulasan