K171.Ibu Bijak Memilih Yang Terbaik Untuk Perkembangan Si Anak.
Ibu adalah nadi penting dalam sebuah keluarga. Sebagai wanita yang mengandung dan melahirkan anak, ibu sentiasa mendahulukan anak dalam setiap keputusannya. Melihat perkembangan anak yang sangat pantas menjadi momen paling menggembirakan bagi seorang ibu.
Bagaikan tidak percaya anak kini semakin membesar dan bijak meneroka dunia persekitarannya. Sebagai ibu perasaan bimbang memikirkan pelbagai cabaran dan halangan yang berlaku sepanjang membesarkan anak menjadi perkara paling diutamakan.
Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya mendapat rangsangan, makanan, pendidikan dan kesihatan yang terbaik dalam proses perkembangan mereka. Jika si anak didapati mempunyai sebarang masalah, ibu akan berusaha memperbaikinya bagi memastikan si anak dapat bersaing secara sihat dan normal dengan kawan-kawan sebayanya.
Memiliki anak yang baik, sihat, bijak dan cergas adalah impian setiap ibu bapa. Justeru dalam mencapai impian tersebut banyak perkara yang perlu diutamakan dan didahulukan seperti berikut:
1. Rangsangan positif.
Ibu bapa perlu sentiasa memberikan rangsangan yang positif untuk membantu perkembangan anak. Tahukah anda, rangsangan yang anak terima sejak kecil memainkan peranan penting terhadap perkembangan pesat otak mereka. Jadi jangan abaikan untuk menyediakan rangsangan pada anak.
2. Penerapan nilai murni.
Dalam membesarkan anak di zaman milenial serba moden, ibu bapa tidak boleh mengabaikan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak. Walaupun mereka semakin bijak tetapi akhlak dan nilai murni dalam diri perlu sentiasa seiring. Biarlah mereka membesar sebagai individu yang bijak tetapi dalam masa yang sama sangat berakhlak.
3. Pendidikan
Bagi memastikan anak anda mampu berdaya saing, pelaburan perlu dilakukan dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk mereka. Maklum sahaja dalam zaman serba berteknologi, semua mahukan anak mereka mempunyai pendidikan tahap paling terbaik. Jadi pastikan anda juga tidak ketinggalan memberikan pendidikan terbaik untuk yang tersayang.
4. Pemakanan sihat
Faktor paling penting sekali dalam membesarkan anak adalah pemilihan makanan. Ibu antara individu paling cerewet dalam bab menyediakan makanan berkhasiat untuk anak. Perasaan bimbang jika anak jenis cerewet makan membuatkan ibu tidak kisah berhabis wang ringgit demi menyediakan makanan terbaik dan berkhasiat untuk anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan