Khamis, September 17, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms068

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms068

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 10
25 Ogos 13.

Misykatul masabiih 68

 
yang paling lengkap diriwayatkan ialah riwayat yang dikemukakan oleh Imam Abu Isa at-Tirmizi di dalam kitab Syamaa'ilnya. Di dalamnya ,Hind bin Abi Haalah (anak tiri Rasulullah s.a.w. iaitu anak kepada Sai"idatina Khadijah r.a.) menerusi riwayat Hasan bin 'Ali cucunda Rasulullah s.a.w. menggambarkan kecantikan wajah Rasulullah dengan katanya:
ََيَتَلألأُ وَجْهُهُ تَلألُوَ القَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Bermaksud: wajah Rasulullah s.aw. itu berseri-seri bagaikan bulan di malam purnama 
(Atsar riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jam Kabirnya, Ibnu al-Atsir di dalam Jaami' al-Ushulnya, Baihaqi di dalam Syu'ab al-lmannya dan Iain-lain). 

Lihat pula bagaimana penya'ir Rasulullah s.a.w. Hassaan bin Tsabit mengambarkan kecantikan Baginda s.a.w, melalui dua rangkap syair ciptaannya ini: 
وَأَحسنُ مِنكَ لم ترَ قَطُّ عيني◇وَأجْلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءَ
خلقتَ مبرأ متْ كلّ عيب◇ كأنكً قدْ خلقتِ كما تشاءُ
Bermaksud: Orang yang lebih cantik daripadamu tidak pernah dilihat mataku. Orang yang lebih rupawan daripadamu tidak pernah dilahirkan ibu. Kejadianmu bersih daripada sebarang kecacatan. Bagaikan engkau dicipta mengikut kehendakmu. 
(Lihat Diwaan Hassaan bin Tsaabit j.1 m/s 2). Tertarik kepada kecantikan luaran adalah satu naluri yang tersemat kukuh di dalam jiwa setiap manusia, termasuk jiwa seorang nabi sekalipun. Perhatikan sebagai contohnya firman
Allah berikut ini:

Al-Ahzab 33:52

لَّا يَحِلُّ لَكَ ٱلنِّسَآءُ مِنۢ بَعْدُ وَلَآ أَن تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَٰجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ رَّقِيبًا 

Bermaksud: tidak halal bagimu mengawini perempuan- perempuan yang Iain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan tidak boleh (juga) engkau mengganti mereka dengan isteri-isteri (yang Iain), meskipun kecantikannya menarik hatimu, kecuali perempuan-perempuan (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi segala sesuatu. (al-Ahzaab:52). 

Kalau begitu sebab pertama untuk timbulnya rasa cinta kerana terpengaruh dengan kecantikan luaran sudah pun ada pada diri Rasulullah s.a.w. melebihi orang-orang Iain. Manusia juga kagum dengan orang yang hebat dan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Mereka bukan sekadar kagum dan minat kepada orang seperti itu, malah kadang-kadang jatuh cinta kepadanya. Lihatlah bagaimana ribuan manusia boleh senyap mendengar lagu dendangan seorang penyanyi yang merdu suaranya. Padahal penyanyi itu rupanya tidaklah cantik. Pelakon yang handal pula bukan sahaja disanjungi, malah digilai sekian ramai peminatnya. Penulis dan ilmuan terkenal tidak hanya dihormati dan disanjung tinggi, buku-buku tulisannya bukan sekadar di baca dan dihafal, diteliti dan dikaji, namanya bukan sahaja meniti dibibir, bahkan apa yang ditulisnya dituruti, dihayati dan dijadikan pedoman. Peminat- peminatnya akan membela dan mempertahankannya kalau ada orang mempertikaikannya. Perasaan cinta daripadanya sentiasa membara di dalam jiwa mereka dan perasaan benci kepada orang-orang yang membencinya pula semakin menebal. Rasulullah s.a.w. mempunyai kelebihan dalaman ini dalam keadaan paling sempurna. Sama ada dalam bentuk ilmu, amal, akhlaq atau perhubungan. Baginda s.a.w. dengan Allah s.w.t. dan Iain-lain lagi. Untuk mengetahui kehebatan dan kelebihan peribadi Baginda
s.a.w. perhatikan saja ayat-ayat al-Qur'an dan hadits-hadits di bawah ini: 

C) Al-Qalam 68:4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang amat mulia. (al-Qalam:4)

Aal-e-Imran 3:31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
”Jika benar kamu menfintai Allah, maka ikutilah dakał, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Aali 'Imraan:31). 

Dua ayat ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. itu seorang yang berperibadi unggul. Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Baginda selayaknya dijadikan contoh dan ikutan Oleh semua manusia Rasulullah s.a.w.

68

Tiada ulasan:

Catat Ulasan