Selasa, September 29, 2020

K180.Tukarkan Panggilan Nakal, Degil Pada ‘Anak Banyak Akal’. Sebutan Itu Dikira Satu Doa.

K180.Tukarkan Panggilan Nakal, Degil Pada ‘Anak Banyak Akal’. Sebutan Itu Dikira Satu Doa.

Tiada anak yang dilahirkan “nakal”, semuanya berdasarkan bagaimana mak ayah membentuk peribadi anak. Ibu bapa kena faham, fasa anak nakal atau aktif adalah normal

Dalam tempoh 18 bulan hingga 3 tahun adalah tempoh yang mencabar kesabaran ibu bapa untuk berdepan dengan sikap anak. Waktu ini kita marah dan pukul pun anak masih belum faham kecuali kita gunakan beberapa cara yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi.

Berikut perkongsiannya.

Terima kasih kepada mak ayah yang kongsikan ayat ini. Saya setuju dengan kenyataan ini.

Ya, semua anak akan mengalami fasa “nakal” atau aktif sebenarnya, kita yang dah jadi mak ayah pun sama juga. ?

Fasa “nakal” ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan – 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosisal. Dimana anak akan mula mengamuk apabila tak dapat apa yang dikehendaki, nak lari kesana kemari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya.

Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.


Hari ini saya nak kongsikan tips penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas.

? MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN ?

1. Anak terlampau aktif di luar rumah.

Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru “dapat kaki”, asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula “dapat kaki”. Betul tak?

Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.

Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi “shopping mall”, tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.

Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan