Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms061
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.
Misykatul masabiih 61
(hadits) Bukhari.⁷⁸ Menurut (riwayat) Muslim, Abdullah bin 'Amar meriwayatkan, katanya: "Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah orang Islam yang terbaik?" Jawab Nabi s.a.w.: "Orang yang orang-orang Islam (lain) terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) tangan dan Iidahnya." ⁷⁹
__________________________________________________________
(Hadits riwayat Bukhari daripada Ibnu 'Umar). Mungkin terlintas di benak seseorang bahawa:
(a) Selepas pembukaan Mekah sama sekali tidak akan ada lagi sebarang perpindahan kerana ugama.
Jawabnya ialah keperluan berhijrah dari Mekah dan lain-lain tempat yang telah termasuk di bawah wilayah kekuasaan Islam itu sahaja yang tidak ada.
Kerana di mana-mana pun masyarakat Islam sudah dapat mengamalkan ajaran Islam dengan bebas. la tidak menolak kemungkinan di mana akan berlaku kembali suasana yang mendorong umat Islam berhijrah demi menjaga kebebasan berugamanya di lain-lain tempat di dunia ini pada masa-masa akan datang.
(b) Apabila hijrah tiada lagi, maka peluang untuk mendapat pahala dan kelebihan hijrah juga akan tiada. Sabda Baginda s.a.w. di atas menjawab kemusykilan ini; Bahawa peluang untuk mendapat pahala dan kelebihannya tetap ada. Apabila seseorang menjauhi larangan Allah, ia akan mendapat jenis pahala dan kelebihan yang pernah diperolehi para muhajirin yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah dahulu. Meskipun sifat pahala dan kelebihannya tidaklah seratus peratus sama, namun ia dari jenis dan bentuk yang sama.
Hadits riwayat 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash di atas apabila dianalisa, dapat di bahagikan kepada dua bahagian besar.
Pertamanya:المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ
Orang Islam sebenar (muslim sejati) adalah orang yang orang-orang Islam (lain) terpelihara daripada (kejahatan / gangguan) Iidah dan tangannya).
Keduanya: وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ
(Orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah).
Inti sari bahagian pertamanya ialah muslim bukan sekadar nama gelaran untuk orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengamalkan beberapa tatacara dalam upacara keagamaan semata-mata. la malah merupakan gelaran untuk orang yang memenuhi segala tuntutan agama Islam di sepanjang hayatnya. Muslim adalah seorang hamba Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya kerana memiliki kepercayaan dan cara hidup beragama yang sempurna. Kalau di satu pihak mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, di pihak yang lain pula ia mempunyai hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang dengan manusia di sekelilingnya. la seorang yang tenang, damai, berakhlaq mulia, amanah, bertoleransi, bertimbang rasa, berfikiran luhur, mahukan kesejahteraan semua orang, bermaruah, mempunyai perjuangan dan matlamat hidup yang jelas serta tidak ditakuti dan dibimbangi sesiapa pun. Orang-orang Islam khususnya dan manusia keseluruhannya bukan sahaja terpelihara daripada kejahatan dan gangguannya, mereka malah menaruh kepercayaan penuh kepadanya terhadap nyawa, harta benda dan kehormatan mereka. la juga dipercayai sebagai seorang pejuang kebenaran dan penegak keadilan. Inti sari bahagian keduanya pula ialah ia memberikan huraian yang ringkas dan tepat untuk erti perkataan مهاجر. Sedia dima'lumi bahawa orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan rumah tangga dan tanah airnya lalu menetap di negeri asing yang bukan merupakan tanah tumpah darahnya kerana Islam. Islam memang memandang tinggi terhadap pengorbanan seorang muhajir. Menurut Islam orang yang berhijrah kerana Islam itu selayaknya menerima ganjaran yang istimewa berupa syurga dan redha Allah yang berkekalan. Tetapi hadits ini memperkenalkan satu lagi bentuk hijrah yang berkait rapat dengan kehidupan setiap orang muslim di sepanjang zaman. Itulah dia hakikat hijrah yang dituntut setiap muslim mengamalkannya. Menjauhi segala perkara yang dilarang Allah kita melakukannya.
⁷⁸ Abu Daud, Nasaa'i, Ahmad dan Ibnu Ilibbaan juga turut meriwayatkan dengan lafaz yang sama seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari ini.
⁷⁹ Rasulullah s.a.w. sering kali memberi jawapan yang berbeza-beza kepada soalan yang sama atau hampir sama. Kenapakan berlaku begitu? Antara contohnya ialah: (1) 'Abdullah bin 'Amar bin al-AAash r.a. sendiri misalnya dalam satu riwayat yang Iain bercerita: ِأَنَّ رَجُلًا سَاَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيه
61
Tiada ulasan:
Catat Ulasan