Jumaat, September 11, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0035

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0035

أَمْرُ بِالشَّيْءِ  يَسْتَلْزِمُ النَّهْيَ عَنْ ضِدَّهِ

Perintah supaya melakukan sesuatu bererti juga melarang daripada melakukan lawannya.

Dengan kata lain dapat juga disimpulkan begini: "Lawan bagi sesuatu yang disuruh adalah dilarang." Apabila Allah memerintahkan supaya hambaNya melakukan sesuatu perkara, maka secara tidak langsung ia bererti Dia juga melarang daripada melakukan lawan bagi apa yang diperintahNya.
Sebagai contohnya apabila Allah menyuruh hambaNya bersembahyang, maka ia secara tidak langsung bererti Allah juga melarang daripada tidak bersembahyang. Secara logiknya apabila anda menyuruh seseorang supaya diam (tidak bergerak), bererti anda melarangnya bergerak. Kerana bergerak adalah lawan diam. Justeru tidak mungkin anda boleh melakukan sesuatu yang disuruh seseorang dan dalam masa yang sama anda tidak meninggalkan lawannya. Bagaimanapun terlarangnya lawan bagi sesuatu yang disuruh adalah berdasarkan kemestian menurut akal (لزوم عقلي) , bukan ia terkandung dalam erti perintah atau suruhan itu sendiri.Selain contoh perintah bersembahyang, lihat juga contoh-contoh lain seperti perintah bertauhid, berzakat, berpuasa, berbuat baik kepada dua ibu bapa,bersilaturahim,bersabar dan lain2 .Semua lawannya dilarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan