Sabtu, September 12, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms063

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms063

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.

Misykatul masabiih 63

 
وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ - متفق عليه 


5- Anas r.a.⁸⁰ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu⁸¹ selagi aku tidak lebih dicintainya daripada ayah dan anaknya ⁸² dan manusia sekaliannya."⁸³ (Bukhari-Muslim)⁸⁴
__________________________________________________________
 
Bermaksud: dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (kamu untuk menerima balasan). (Luqman:14).
Berjihad untuk menegakkan ugama Allah wàlaupun merupakan salah satu kewajipan umat Islam dan ia adalah satu amalan yang sangat tinggi kedudukannya di sisi agama, tetapi ia tidak wajib setiap masa . Kerana itulah kedudukannya terletak selepas bersembahyang pada waktunya dan berbuat baik kepada dua ibua bapa. Hakikat ini terbukti juga menerusi satu hadits yang diriwayatkan oleh  Abdullah bin 'Amar bin al-AAash, kata beliau: 

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ
Bermaksud: Pernah Nabi s.a.w. didatangi seorang lelaki. Dia meminta izin kepada 'Baginda untuk keluar berjihad. Nabi s.a.w. bertanya (dia): "Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawab lelaki itu: "Ya." Maka bersabdalah Baginda: "Untuk mereka berdualah engkau berjihad (berkhidmat terlebih dahulu). 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Baihaqi, Thabaraani dan lain-lain). 

(8) Menurut Imam Thahaawi, amalan yang paling afdhal, paling baik dan paling disukai Allah bukan satu sahaja. Di bawahnya boleh termasuk sekian banyak afraad. Perkataan-perkataan ini bagaikan kulliyyaat yang terdapat di bawahnya beberapa afraad. Kerana itu tidak salah kalau Baginda s.a.w. memberikan jawapan-jawapan yang berbeda kepada soalan yang sama atau lebih larang sama. 
(9) Mungkin juga shighah tafdhil yang digunakan di sini tidak dipakai dengan masna asalnya. la hanya menunjukkan kepada kelebihan sahaja tanpa membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. 
(10) Ada juga 'ulama" berpendapat bahawa perkataan من  telah dibuang sebelum perkataan أفضل,  أحب atau  خير dan sebagainya. Walaupun dibuang ia dikira seperti ada juga. Maka jawapan Rasulullah s.a.w. di dalam hadits Abi Umaamah ini JÉ perlu ditaqdirkan misalnya dengan  أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّوْمِ (antara amalan yang paling afdhal ialah engkau selalu berpuasa).

⁸⁰ Nama dan salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: Anas bin Malik bin an-Nadhr bin Dhamdham bin Zaid bin Haram bin Jundab bin SAamir bin Ghunm al-Anshaari alKhazraji an-Najjaari r.a. Anas bin Malik terkenal sebagai khadam Rasulullah s.a.w. Ibu beliau,
Ummu Sulaim menyerahkan beliau kepada raslullah s.a.w. untuk menjadi khadam kepada Baginda s.a.w. ketika beliau berumur sepuluh tahun. Anas telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun juga. Inilah yang tersebut dalam kebanyakan riwayat. Tetapi bagi penulis, riwayat ini tidak akan dapat bertahan di hadapan kenyataan bahawa Anas termasuk dalam salah seorang sahabat yang telah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud berdasarkan riwayat Imam Bukhari di dalam Sahihnya. Perang Badar telah berlaku pada tahun kedua hijrah. Perang Uhud pula berlaku pada tahun ketiga hijrah. Pada tahun kedua hijrah, umur Anas kiranya baru sebelas tahun, mengambil kira riwayat kebanyakan itu. Pada tahun ketiga pula beliau baru berumur dua belas tahun. Bagaimana pula budak yang baru berumur sebelas dan dua belas tahun

63

Tiada ulasan:

Catat Ulasan