Tafsir asas quran nota 5(075).
Tashrif al-Aayaat yang dimaksudkan di sini ialah Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dengan berbagai-bagai cara". Kisah nabi Musa a.s. tersebut beberapa kali di dalam al-Qur'an. Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama. Apa yang diceritakan juga
tidak seratus peratus sama. Tentu ada yang berbeza. Demikian juga dengan kisah Nabi Adam a.s. dan lblis. Ia bukan sekali tersebut di dalam al-Qur'an. Namun ada saja
perbezaan firman Allah dalam pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan.
Perbezaan dalam pengisahan sesuatu cerita dan lain-lain itulah yang dikatakan 'tashrif al-Aayaat'. Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan saja. Padahal sebenarnya bukan. Alangkah banyaknya tersirat rahsia dan hikmat di sebalik 'tashrif al-Aayaat' dalam firman-firman Allah s.w.t. di dalam al-Qur'an al-Karim. Apa yang perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al-Qur'an ialah mesti ada
sudut-sudut tertentu yang hendak ditekankan oleh Allah setiap kali kisah Adam dan lblis misalnya diceritakan.
Kisah Adam adakalanya diceritakan sebagai 'ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya, bahawa manusia yang bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya" biar bagaimana besar sekalipun kesalahannya, tetap akan mendapat keampunan Allah. Manusia yang terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semulajadinya seperti terlupa yang telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai Allah. Allah
sebaliknya telah mengajar Adam bagaimana cara bertaubat kepadaNya. Manusia yang berdosa, tetapi benar-benar bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi
kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dengan berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran di sisiNya.
Ada kalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia. Asal kejadian manusia meskipun hanya daripada tanah, namun Allah telah mengurniakan darjat yang tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaqnya. Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam, ia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dengan para malaikat. Akan disebut juga tentang bagaimana Adam dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan kepadanya dan
75
Tiada ulasan:
Catat Ulasan