Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms066
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 10
25 Ogos 13.
Misykatul masabiih 66
Walaupun Wahsyi ingin sekali berada di samping Rasulullah s.a.w. seperti orang-orang Iain, tetapi bukan itu pula yang diingini Baginda. Maka beliau sentiasa menyisih diri daripada Baginda dan berpada dengan memandang Baginda dari jauh saja. Cinta atas dorongan isyq ini juga termasuk dalam batas ikhtiar manusia. Para ulama' hadits berbeza pendapat tentang Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas. Adakah ia Cinta atas dorongan naluri atau atas dorongan 'aqal? Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam soal ini.
Pertamanya ialah golongan yang berpendapat Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadits di atas ialah Cinta atas dorongan naluri, malah lebih tinggi lagi daripadanya. Kata mereka hadits Anas itu menceritakan tentang kesempurnaan iman bukan tentang kewujudan iman. Iman seseorang baru akan sempurna apabila ia kasih kepada Rasulullah s.a.w, melebihi kasihnya kepada ayah dan anaknya. Malah kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. itu hendaklah melebihi kasihnya kepada manusia sekaliannya. Bukankah kasih kepada ayah, anak dan keluarga itu termasuk dalam kasih dan Cinta atas dorongan naluri semula jadi manusia atau الحب الطبعي? Tentulah Cinta yang dituntut itu bersifat tabi'i juga, malah lebih lagi dari itu. Antara alasan mereka ialah:
(1) Firman Allah di bawah ini:
At-Taubah 9:24
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَٰنُكُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَٰسِقِينَ
Bermaksud: Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kengiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamil cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya ('azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (at-Taubah:24).
Ayat ini menjelaskan Cinta kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya mestilah melebihi Cinta kepada segala benda Iain yang lahirnya adalah atas dorongan naluri dan tabi'at semula jadi manusia. Oleh itu Cinta yang dituntut Baginda s.a.w. untukkesempurnaan iman itu juga semestinya bersifat tabi'i, malah ia seharusnya berada dipuncak Cinta itu, di tahap paling atas daripadanya.
(2) Hadits yang diriwayatkan oleh bin Hisyam r:a. ini. Kata beliau:
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْآنَ يَا عُمَرُ
Bermaksud: "Pernah kami bersama Nabi s.a.w. Ketika itu Nabi s.a.w. sedang memegang tangan Umar bin al-Khatthaab. Lalu Umar berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai Rasulallah! Cintaku kepadamu melebihi segala sesuatu kecuali diriku sendiri." Nabi s.a.w. lantas bersabda: "Tidak boleh, demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, selagi aku tidak dicintaimu melebihi dirimu sendiri!" Maka 'Umar berkata: "Ya, demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih ku cintai daripada diriku sendiri!" Pada ketika itu barulah Nabi s.a.w. bersabda: "Ya sekarang (baru betul-betul sempurna imanmu), wahai NUmar." (Hadits riwayat Bukhari dan Ahmad).
Cinta kepada diri sendiri juga termasuk dalam Cinta atas dorongan naluri. Nabi s.a.w. tetap menghendaki Umar menyintainya melebihi dirinya sendiri. Ini menunjukkan Cinta kepada Rasulullah s.a.w. yang dikehendaki untuk kesempurnaan iman itu bersifat tabi'i juga, malah ia seharusnya berada dipuncak Cinta itu, di tahap paling atas daripadanya. Antara tokoh ulama' yang termasuk dalam golongan pertama ialah al-'Aini, at-ftibi dan syah Waliyyullah r.a.
Keduanya ialah golongan yang berpendapat Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadits di atas ialah Cinta atas dorongan atau Cinta dalam batas ikhtiar dan kemampuan Bagi mereka Cinta atas dorongan naluri itu di luar batas ikhtiar dan kemampuan manusia. Sedangkan taklif agama hanya perkara-perkara yang berada dalam batas ikhtiar, pilihan dan kemampuan manusia.
Mana mungkin Rasulullah akan mengaitkan kesempurnaan iman dengan sesuatu yang di luar daripada ikhtiar dan kemahuan manusia? Dua firman Allah berikut juga jelas menegaskan hakikat ini:
Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ
Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya...(al-
66
Tiada ulasan:
Catat Ulasan