Qawaid tafsir 2018 kaedah 0039
Qawaid tafsir 2018 nota 4(0060)
قعادة 39 اَلْآيَاتُ الَّتي تُوْهِمُ التَّعَارُضَ يُحْمَلُ كُلُّ نَوْعٍ مِنْهَا عَلَى مَا يَلِيْقُ بِهِ وَيُنًاسِبُ الْمَقَامَ، كُلٌّبِحَسْبِهِ
Ayat-ayat yang secara zahimya menampakkan (semacam ada)pertentangan antara satu sama lain, perlulah dipakai dengan ma'na dan keadaan yang sesuai dan selayak dengan masing-masing daripadanya.
Lihat bagaimana ayat di bawah ini kelihatan bertentangan dengan beberapa ayat yang akan dikemukakan selepasnya:
Ar-Rahman 55:39
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ
Maksudnya: Pada masa itu tiada sesiapa pun, sama ada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya. (ar-Rahrnan:39).
Ayat ke-39 Surah ar-Rahman ini menunjukkan tiada sesiapa pun, sama ada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya di akhirat nanti. Sedangkan jika dilihat
kepada sekian banyak ayat yang lain pula jelas rnenunjukkan akan ada soal jawab di akhirat nanti. Sebagai contohnya lihat saja ayat-ayat berikut:
Ash-Shaffat 37:24
وَقِفُوهُمْۖ إِنَّهُم مَّسْـُٔولُونَ
Bermaksud: Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian). kerana sesungguhnya mereka akan ditanya.
(as-Shaaffaat:24).
Al-Qasas 28:65
وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَآ أَجَبْتُمُ ٱلْمُرْسَلِينَ
Bermaksud: Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu? (al-Qashash:65).
Asy-Syu'ara' 26:92
وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ
Bermaksud: dan dikatakan kepada mereka: "Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu?"
( asy-Syuaraa' :92).
Tiga ayat ini jelas menunjukkan akan ada soal jawab dan pertanyaan kepada manusia atau jin di akhirat nanti. Kalau begitu bukankah sudah ada pertentangan antara tiga ayat ini dengan ayat ke-39 Surah ar-Rahman?
Jawabnya ialah memang sepintas lalu kelihatan semacam ada pertentangan antaranya. Akan tetapi jika dipakai kedua kelompok ayat-ayat itu dengan ma'na dan keadaan
yang sesuai dan selayak dengan masing-masing daripadanya, niscaya akan hilanglah pertentangannya. Misalnya dikatakan, ayat-ayat yang mengatakan ada soal jawab dan pertanyaan di akhirat itu ialah soalan dan pertanyaan yang berbentuk menakut-nakutkan dan meresahkan orang yang ditanya. Soalan dan pertanyaan itu sendiri sudah merupakan hukuman dan penyeksaan kepadanya. Adapun ayat yang menafikan adanya pertanyaan pula bererti pertanyaan untuk mendapat ma'lumat.
Demikian juga dengan ayat di bawah
Al-Mu'minun 23:101
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَلَآ أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَآءَلُونَ
Bermaksud: Apabila sangkakala ditiup, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab diantara mereka pada hari itu, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.(al-Mu'minun:101).
la sekali pandang kelihatan bertentangan dengan firman Allah berikut:
'Abasa 80:34
يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ
'Abasa 80:35
وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ
'Abasa 80:36
وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ
Bermaksud:
Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya (34)
dari ibu bapanya(35)
dari isteri dan anak-anaknya (36). ('Abasa:34-36).
Ayat-ayat dari Surah 'Abasa ini menunjukkan pada hari kiamat nanti pertalian nasab dan perhubungan kekeluargaan tetap ada, sedangkan ayat ke-101 Surah al-Mu'minun pula menafikannya. Memang pada zahirnya kelihatan bertentangan, tetapi kalau qaedah ke-39 ini dipakai, niscaya tidak akan kelihatan lagi pertentangan antaranya.
Misalnya dikatakan begini, ayat-ayat yang mengitsbatkan adanya pertalian nasab dan perhubungan kekeluargaan itu dipakai dengan ma'na sebenarnya. Sementara ayat
ke 101 Surah al-Mu'minun yang menafikannya pula dipakai dengan erti pada hari itu tidak ada lagi manfa'at pertalian kerabat di antara mereka.
61
Tiada ulasan:
Catat Ulasan