Selasa, September 22, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms075

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms075

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.


Misykatul masabiih 75.

(4) Sama yang ke(3) tadi juga, cuma kebimbangan tidaklah kerana ia mungkin mengelirukan orang-orang Iain sahaja. malah orang yang berucap itu sendiri juga dibimbangi akan terheret ke kancah kesyirikan. 
(5) Sabda Rasulullah s.a.w. "Orang yang menyintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaannya kepada selain keduanya", mengisyaratkan bahawa kecintaan kepada Allah dan rasulNya itu dikehendaki bersepadu. Kecintaan kepada salah satu daripadanya secara terpisah-pisah adalah perbuatan sia-sia dan tiada nilainya di sisi agama. Allah saja dicintai tanpa rasul, tidak diterima. Rasul saja dicintai tanpa Allah, juga tidak diterima. ltulah maksud tersirat di sebalik sabda Baginda s.a.w. (مِمَّا سِوَاهُمَا), menggunakan dhamir tatsniah yang mengabungkan Allah dan rasulNya. Berbeza dengan penceramah yang ditegur Nabi s.a.w. Kerana kata-katanya;   ومن يعصهما فقد غوى membayangkan seolah-olahnya seseorang itu baru tersesat, apabila ia menderhakai Allah dan rasul kedua-duanya sekali. Padahal bukankah menderhakai Allah saja atau rasul saja pun boleh menyebabkan sescorang itu tersesat? 
(6) Imam Thahaawi berpendapat, Nabi s.a.w. menegur penceramah berkenaan tidak kerana Iain melainkan kerana dia telah waqaf (berhenti) ditempat yang tidak sepatutnya waqaf. Seolah-olahnya orang itu berkata   من يطع الله ورسوله فقد رشد ومن يعصهما . Sampai di sini saja dia terus waqaf dan berhenti tanpa menyambung terus kata-katanya: فقد غوى selepas itu.  Kerana dengan berhenti pada perkataan يعصهما tanpa menyambung terus  فقد غوى selepas itu, ma' na ucapannya akan berubah kepada; "Sesiapa taat kepada Allah dan rasulNya, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk. Dan sesiapa yang derhaka juga." 
Jadi orang yang mendapat petunjuk itu bukan sahaja orang yang ta'at kepada Allah dan rasulNya. orang yang derhaka kepada kedua-duanya juga mendapat petunjuk .Bukankah ma'na ucapannya telah berubah teruk dengan sebab waqaf di tempat yang tidak sepatutnya waqaf? ltulah sebenarnya yang ditesur Rasulullah s.a.w.


⁸⁷ Perkara kedua yang disebut Nabi s.a.w. jika ada pada seseorang, tentu ia akan merasai kemanisan iman ialah apabila ia menyintai seseorang semata-mata karena Allah. Bukan kerana harta, kedudukan, pangkat, kecantikan dan sebagainya. Maksud menyintai seseorang semata-mata kerana Allah ialah kerana tuntutan agama Allah. Seperti menyintai dan mengasihi seseorang kerana ketaqwaan dan kepatuhannya kepada Allah atau kerana ilmu agamanya yang tinggi dan berguna kepada masyarakat serta budi pekertinya yang mulia. ltulah yang dikatakan menyintai seseorang semata-mata kerana Allah s.w.t. Imam Malik pernah berkata:  
المحبة في الله من واجبات الإسلام وهو دأب أولياء إلله تعالى
Maksudnya: "Cinta kerana Allah itu termasuk salah satu kewajipan Islam dan ia merupakan perangai para kekasih Allah s.w.t." Tiga macam orang yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. pasti akan mendapat kemanisan iman di dalam hadits di atas, jika dianalisa dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. 
Pertamanya: 
مَنْ كَانَ الله وَرَسُولُهُ أًحَبَّ إِلَيْهَ مِمَّا  سِوَاهُمَا

Keduanya; وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ آِلَّا لِلِه عَزَّ وَجَلَّ
dan 

ketiganya ialah
وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ بَعْدَ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا  يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى النَّار
 

Daripada tiga bahagian orang yang pasti akan merasai kemanisan iman  itu, yang mula-mula sekali disebut Rasulullah s.a.w. ialah orang yang menyintai Allah dan

75

Tiada ulasan:

Catat Ulasan