Selasa, September 22, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0045

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0045

قاعدة 45 اَلتَّنْصِيْصُ عَلَى الشَّيْءِ لَا يَلْزَمُ مِنْهُ النَّفْيُ عَمَّا عَدَاهُ
Menyebutkan hukum dengan  terang bagi sesuatu (benda atau perkara)tidak menafikan hukum yang sama daripada
selainnya. 

Keterangan: Jika terdapat nas yang terang tentang hukum sesuatu benda atau sesuatu perkara, maka tidaklah ia bererti hukum itu khusus dengannya sahaja. Ia hanya
menunjukkan hukum itu ada padanya secara pasti sahaja. Adapun pada yang lain-lain, maka hukum yang sama juga mungkin ada, mungkin juga tiada. Ia bergantung pada
dalil atau nas yang lain pula. Antara contoh bagi qaedah ini dapat anda lihat pada firman Allah di bawah ini:

Al-Ma'idah 5:3

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ ٱلْمَيْتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحْمُ ٱلْخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلْمُنْخَنِقَةُ وَٱلْمَوْقُوذَةُ وَٱلْمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا۟ بِٱلْأَزْلَٰمِۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌۗ ٱلْيَوْمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِۚ ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَٰمَ دِينًاۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ فِى مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang
mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus
asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan ni'matKu
kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka boleh lah dia memakannya ) ,kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Maa'idah:3).

Keharaman memakan daging babi tersebut dengan terang di dalam firman Allah ini. Tetapi tidaklah pula menyebutkan hukumnya dengan terang begitu bererti menafikan hukum haram memakan daging-daging selain daging babi. Tidak juga boleh disimpulkan bahawa daging-daging binatang selain babi semuanya halal. Haram atau halalnya daging-daging binatang lain selain babi tidak boleh diputuskan semata-mata dengan nas tersebut itu. Sebaliknya ia memerlukan kepada nas yang lain pula.
Misalnya ada hadits yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengharamkan memakan daging himar (keledai) kampung. Maka dengan sebab itu daging himar
kampung juga haram dimakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan