Rabu, September 30, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms083

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms083

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.


Misykatul masabiih 83.

Ahlil kitab yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad saw ⁹⁸. (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan  hak Allah dan hak tuan-tuannya( dengan
___________________________________________________________

dimaksudkan dengan Ahlil Kitab di dalam hadits ini ialah kalangan Yahudi yang percaya kepada Nabi Musa a.s. dan kalangan Nashara yang percaya kepada Nabi  Isa a.s. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan ini ialah at-Thibi, al-Kirmaani, Hafiz Ibnu Hajar, Mulla  Ali al-Qaari dan lain-lain. Imam Bukhari r.a. juga termasuk dalam kumpulan kedua ini. Terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang menunjukkan dua golongan itulah yang dimaksudkan dengan Alili al-Kitab. Antara dalil berupa hadits ialah hadits berikut ini Abu Umamah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
 من أَسْلَمَ من أَهْلِ الكِتَابَيْنِ فَلَهُ أَجْرُهُ مَرَّتَيْنِ وَلَهُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا وَمَنْ أَسْلَمَ من المُشْرِكِينَ فَلَهُ أَجْرُهُ وَلَهُ مِثْلُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا
Sesiapa dari kalangan Ahli dua buah kitab (suci) yang maklum (iaitu Taurat dan Injil) memeluk agama Islam, ia mendapat pahala dua kali (ganda). Dia berhak mendapat (keistimewaan)seperti yang kita (orang-orang Islam) dapat dan bertanngungjawab juga seperti kita. Orang-orang musyrikin yang menleluk agama Islmn akan mendapat pahalanya. Dia berhak mendapat (keistimewaan) seperti yang kita (orang-orang Islarn) dapat dan bertanggungjawab juga seperti kita. 
(at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaar, at-Thabaarani di dalam al-Mu'jamu al-Kabir dan Aluuad di dalam Musnadnya). 

Apa yang tersebut di dalam hadits Abu Umaamah dan hadits Abu Musa al-Asyari di atas bertepatan benar dengan firman Allah berikut ini
 
Al-Qasas 28:52
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِهِۦ هُم بِهِۦ يُؤْمِنُونَ 
Al-Qasas 28:53
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِهِۦٓ إِنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّنَآ إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِۦ مُسْلِمِينَ 

Al-Qasas 28:54
أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا۟ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ 

Maksudnya: orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran. mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu. (52) 
dan apabila dibacakan (Al-Quran itu) kepada mereka, mereka berkata "Kami beriman kepadanya; Al-Quran itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan Kami,  Kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya)." (53) 
mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54). 
(Al-Qashash:52-54). 

Jika dilihat kepada sebab nuzul bagi ayat-ayat ini, niscaya dapat diketahui siapa yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab di dalam hadits di atas. 

At-Thabaraani mengemukakan satu riwayat  daripada Rifaa sah al-Quradzi r.a. Kata beliau:  
نَزَلَتْ هذه الاياتُ فِيَّ وَفِيْمَنْ آمَنَ مَعِي

Maksudnya: Ayat-ayat ini turun berkenaan denganku dan orang-orang yang telah beriman bersamaku. Thabaraani juga mengemukakan satu riwayat daripada 'Ali bin Rifaaah.

Kata beliau
 خرج عشرة من اهل الكتاب منهم أبي رفاعة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمنوا به فأوا فنرلت الذين آتَيْنَاهُمُ تلْكِتَابِ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُون
Maksudnya:Sepuluh orang Ahli Kitab, termasuk ayah saya pergi kepada Nabi s.a.w. Lalu mereka beriman kepadanya dan mereka diganggu (oleh orang-orang yang tidak beriman). 

Maka turunlah firman Allah: "Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran, mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu." 

Orang-orang yang terlibat dalam peristiwa ini semuanya dari kalangan Bani Isra'il. Kitab yang mereka percayai pula adalah Kitab Taurat. Kata Qataadah ayat yang dikemukakan tadi turun berkenaan dengan  Abdullah

83


Tiada ulasan:

Catat Ulasan