Qawaid tafsir 2018 kaedah 0037
قاعدة 37
اَلأَمْرُ لِجَمَاعَةٍ يَقْتَضِي وُجُوْبَهُ عَلَى كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ إِلَّا لِدَلِيْلٍ
Perintah kepada sekumpulan orang menghendaki kewajibannya atas setiap orang daripada mereka, kecuali kalau ada dalil(yang mengkhususkan sesiapa daripada mereka).
Keterangan: Perintah kepada sekumpulan orang boleh jadi berlaku dengan menggunakan lafaz tertentu yang sememangnya menunjukkan ma'na umum. Boleh jadi juga ia berlaku dengan menggunakan lafaz yang tidak menunjukkan ma'na umum.
Bentuk pertama, iaitu dengan menggunakan lafaz tertentu yang sememangnya menunjukkan ma'na umum, terbahagi pula kepada dua keadaan.Sama ada ia
(a)Mempunyai dalil ikhtisas yang menunjukkan ia tidak ditujukan kepada semua mereka, sebaliknya ia hanya ditujukan kepada sebahagian daripada mereka sahaja.
(b)Atau tidak ada dalil seperti itu, maka dalam keadaan ini perintah kepada sekumpulan orang memang menghendaki setiap orang daripada mereka melakukan apa yang
diperintahkan.
Qaedah 37 yang sedang kita bicarakan sekarang pada dasarnya berkaitan dengan keadaan (b) ini.Maka tidak ada siapa pun yang terkecuali daripada perintah sedemikian.
Ini kerana haraf "و" pada kata suruh (فعل أمر) dalam bentuk
jama', افعلوا sebagai contohnya sama seperti haraf "و" pada perkataan "زيدون yang menunjukkan beberapa orang lelaki yang bernama Zaid,. Kepada setiap orang daripada mereka seolah-olahnya dikatakan: افعل أنت وأنت وأنت
Antara contohnya ialah fiman Allah berikut:
An-Nur 24:56
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan ta'atlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (an-Nuur:56).
Dalam perintah ini lafaz umum (صيغة الجمع) diguna dan ia ditujukan kepada orang-orang Islam. Tidak ada pula apa-apa dalil yang rnemalingkannya daripada memberi
ma'na umum, kalau begitu difahamilah bahawa perintah supaya mendirikan sembahyang,memberi zakat dan ta'at kepada Rasul Allah itu mengenai setiap orang lslam.
Dalam keadaan ada dalil yang memalingkan perkataan umum daripada memberi ma'na umum pula, maka dalil seperti itu terbahagi kepada dua juga.
(a) Dalil yang mengeluarkan sebahagian tertentu sahaja daripada ma'na umumnya.
(b)Dalil yang mengeluarkan beberapa orang, tetapi secara tidak tentu.
Bentuk (a) itu dipanggil juga عام مخصوص منه البع
Sebahagian tertentu boleh diketahui dengan disebut sesiapa dalam firman Allah di bawah ini: yang dikeluarkan daripada ma'na umum secara khusus misalnya, seperti tersebut
Al-Hijr 15:58
قَالُوٓا۟ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ
Al-Hijr 15:59
إِلَّآ ءَالَ لُوطٍ إِنَّا لَمُنَجُّوهُمْ أَجْمَعِينَ
Al-Hijr 15:60
إِلَّا ٱمْرَأَتَهُۥ قَدَّرْنَآۙ إِنَّهَا لَمِنَ ٱلْغَٰبِرِينَ
Maksudnya: Mereka menjawab: Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka).(58).
Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya karni akan
menyelamatkan mereka selnuanya,(59).
Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya dia dari orang-orang yang tinggal( menerima kebinasaan)(60).
(al-Hijr: 58 -60).
Daripada ma'na umum yang terdapat pada
perkataan مُّجْرِمِينَ (suatu kaum yang berdosa), mula-mula sekali dikeluarkan keluarga Nabi Luth sahaja yang akan
diselamatkan. Keluarga Nabi Luth di dalam ayat ke-59 masih lagi umum. Dikatakan semuanya akan selamat, tetapi menerusi ayat ke-60 dikecualikan pula seorang sahaja daripada mereka. Dia sahaja yang tidak terselamat. Dia adalah isteri Nabi Luth a.s.sendiri.Sebahagian tertentu yang dikeluarkan daripada ma'na umum itu juga boleh diketahui dengan disebut sifatnya secara khusus seperti tersebut di dalam firman Allah berikut:
Az-Zukhruf 43:67
ٱلْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۭ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلْمُتَّقِينَ
Maksud: Pada hari itu sahabat-sahabat karib sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal saleh).(az-Zukhruf:67).
Perkataan إِلَّا ٱلْمُتَّقِينَ mengkhususkan ma'na umum yang terdapat pada مستثنى منه yang tersebut sebelumnya. Dan ia merupakan sifat.
Contoh perintah dengan menggunakan lafaz yang tidak rnenunjukkan ma'na umum ialah firman Allah ini:
Aali-Imran 3:104
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh kepada yang ma'ruf menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan mencegah dari yang mungkar (yang salah, jahat dan keji); merekalah orang-orang yang beruntung' (Aali 'lmraan:104)'
Lafaz منكم أمة (di antara kamu segolongan umat) adalah lafaz yang tidak menunjukkan ma'na umum. Walaupun di sini juga terdapat perintah Allah dan ia ditujukan kepada
orang-orang Islam. Tetapi bukan setiap orang daripada mereka diwajib melaksanakannya. Hanya sebahagian umat sahaja yang diperintahkan supaya menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Apabila telah ada segolongan orang melaksanakannya' maka terlepaslah kewajiban daripada yang lain-lain. Perintah yang tidak mewajibkan setiap orang Islam melakukannya itulah di namakan fardhu kifayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan