Tafsir asas quran nota 5(079).
bagaimana al-Qur'an menghujah mereka dengan hujah yang sangat ringkas tetapi amatkuat. Allah berfirman tentang 'lsa yang dipercayai sebagai salah satu dari tiga tuhan dan ibunya Maryam pula dipercayai sebagai isteri Tuhan, begini saja: كَان يَأْك!ُلَانِ الطَّعَامُ (mereka berdua memakan makanan). Suatu hujah yang amat ringkas. Bukan satu ayat yang lengkap pun.Tetapi ia cukup berma'na dalam menolak kepercayaan mereka yang salah
itu. Bagaimana mereka boleh dipercayai sebagai tuhan dalam keadaan mereka memerlukan kepada makanan. Sedangkan tuhan yang sebenar tidak memerlukan apa-apa
pun. Kalau seseorang itu memerlukan kepada makanan bererti ia memerlukan kepada segala-gala yang ada di bumi dan segala-gala yang ada di langit. Dengan berkata begitu
sahaja al-Qur'an telah mencabut kepercayaan orang-orang kristian yang karut itu sampai ke akar umbinya. Untuk mengisi perut, manusia memerlukan sekian banyak benda dibumi dan di langit. Manusia memerlukan matahari untuk memasakkan bijirin di sawah dan ladang. Bijirin tidak akan masak kalau matahari tidak terbit menyinarinya. Matahari
pula tidak akan wujud tanpa wujudnya galaksi dengan segala sistemnya. Kalau sinar matahari sahaja ada sedangkan air tiada, gandum dan padi tetap tidak masak juga.Untuk mendapat air manusia memerlukan awan, sungaim tasik dan lain-lain. Awan pula tidak
akan datang sendiri tanpa diedarkan oleh angin. Pokok padi dan gandum pula memerlukan tanah yang sesuai untuknya. Setelah ada gandum atau padi dan beras, ia tidak boleh terus dimakan oleh manusia. Mereka perlu memasaknya terlebih dahulu.Untuk memasaknya diperlukan pula api. Dari mana pula datangny a api? Dari neraka
Jahannam! Pendek kata manusia perlukan semua itu untuk menyediakan makanannya.Jadi manusia yang memerlukan kepada segala yang ad,a di sekelilingnya untuk
menyiapkan makanannya untuk dua kali sehari itu bagaimana akan menjadi tuhan yang mencipta dan memiliki sekalian alam ini? Bagaimana dalam satu masa seseorang boleh menjadi tuhan pencipta, sedangkan ia juga memerlukan kepada makhluk yang dicipta?
Suatu yang tidak masuk'aqal! Oleh itu firman Allah: "Mereka berdua memakan makanan" merobohkan terus binaan aqidah orang-orang Kristian yang batil itu. Anda
tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk merobohkannya. Sepotong firman Allah itu sudah cukup untuknya. Supaya lebih jelas, lihat firman Allah berkenaan di dalam ayat yang lengkap berserta ayat-ayat yang merupakan siyaaq dan sibaaqnya di bawah ini:
79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan