Selasa, September 29, 2020

Tafsir asas quran nota 6(089).

Tafsir asas quran nota 6(089).


An-Najm 53:1
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ 
Bermaksud: Demi bintang semasa ia menjunam. 
(an-Najm:1).

Dari segi disebut fiil qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada dua bahagian. 
(1) Qasam zahir. (2) Qasam mudhmar.

Qasam zahir ialah ayat qasam yang disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Kadang-kadang fiil qasam dibuang, tetapi haraf jar و،ب  atau ت yang
merupakan haraf qasam bersama-sama 'muqsam bihi'nya tetap disebutkan.

Qasam mudhmar pula ialah ayat qasam yang tidak disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Bagaimanapun, jawab qasamnya dimulai dengan ل مؤكدة

(Laam yang merupakan kata penguat) yang menunjukkan ada sesuatu fiil qasam dengan 'muqsam bihi'nya yang dibuang. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Aal-e-Imran 3:186

لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ 

Bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diutamakan.
(Aali 'Imraan: 186).

Fi'il qasam bersama haraf qasam dan muqsam bihi'nya atau haraf qasam sahaja dengan muqsam bihi, iaitu والله seharusnya ditaqdirkan (diandaikan ada) di sini.

Antara Qasam Dan Syarat .
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada sesuatu tempat. Kedua-duanya memerlukan jawab. Dalam keadaan ini apa yang perlu dilihat ialah mana satu daripada dua perkara itu disebutkan dahulu. Kalau qasam disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab qasam. Jawab syarat tidak diperlukan lagi. Kalau syarat pula

89

Tiada ulasan:

Catat Ulasan