Rabu, September 30, 2020

Tafsir asas quran nota 6(090).

Tafsir asas quran nota 6(090).

yang disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab syarat.Jawab qasam tidak diperlukan lagi. Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua-duanya. Pada umumnya qasamlah yang disebutkan lebih dahulu daripada syarat. Contohnya:

Maryam 19:46
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِى يَٰٓإِبْرَٰهِيمُۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَۖ وَٱهْجُرْنِى مَلِيًّا
Bermaksud: Dia (bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku), niscaya engkau akan ku rejam dan (ingatlah! lebih baik) engkau tinggalkanlah daku buat (Maryam:46).

Oleh kerana di dalam ayat ini qasam disebutkan dahulu daripada syanat, maka لأرجمنك menjadi jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Taqdir ibaralriya ialah: 
وَالله إن لمتننه لأرجمنك
 yang masuk pada haraf syarat إن itu tidak sama dengan Laam yang masuk pada أرجمنك. Ia masuk pada haraf syarat إن untuk memberitahu bahawa jawab yang akan datang selepasnya adalah jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Kerana itu ia dipanggil الام الموطنة للقسم المحذوف atau Laam yang meratakan jalan untuk qasam yang dibuang" Laam ini biasanya memasuki إن شرطية Kadang-kadang ia juga memasuki haraf-haraf syarat yang lain selain إن, seperti ما  dan من . Sesetengah ahli ilmu Nahu menamakan Laam ini dengan Laam syarat. Kerana ia memasuki haraf syarat. Walau bagaimanapun, perlu sekali diingat bahawa    اللا الموطنة ini tidak semestinya tersebut sebelum haraf syarat. Kadang-kadang dalam keadaan qasam muqaddar atau qasammudhmar pun, ia tidak disebutkan. Contohnya dapat anda lihat pada firman Allah berikut:

Al-Ma'idah 5:73
لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٍۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا۟ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Bermaksud: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: BahawasanyamAllah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika metekl tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu. pasti orang- orang yang kafir dari antara mereka ditimpa siksaan yang pedih.(al-Maa'idah:73). 

Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya. Taqdiribaratnya ialah: والله إن لم ينتهوا  hingga ke akhir ayat.


90

Tiada ulasan:

Catat Ulasan