Sabtu, Oktober 24, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 11(25)nota9(196)

Daurah tafsir 2019 sesi 11(25)nota9(196)

ZamanDiturunkan
Surah al-Furqaan diturunkan bersama Surah al-Mu'minun di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Ia diturunkan selepas Sayyidina 'Umar memeluk agama Islam (Zul Hijjah 6 Kenabian). Kira-kira pada tahun ke-7 Kenabian, ketika itu tuduhan-tuduhan seperti kena sihir, pendusta dan macam-macam lagi dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. Dimdalam surah ini terdapat jawapan-jawapan kepada tuduhan mereka terhadap Rasulullah dan Qur'an.
Pada ketika itu juga para sahabat yang baru memeluk agama Islam mendapat pendidikan al-Qur'an melalui Rasulullah s.a.w. Di dalam surah ini Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai pemberi ancaman kepada seluruh dunia, di masa itu juga Surah al-Anbiya' dan Surah al-Mu'minun diturunkan.

Perkaitan Surah Al-Furqaan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Mu'minun dinyatakan sifat-sifat lengkap orang mu'min yang berjaya, di dalam surah ini sifat-sifat mereka dinyatakan sebagai sifat-sifat hamba-hamba tuhan Ar-Rahman. Seruan Rasulullah yang disebutkan di dalam Surah an-Nuur dibuktikan kebenarannya berdasarkan dalil-dalil didalam Surah al-Furqaan ini.

2. Di dalam Surah an-Nuur, tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap isteri Rasulullah s.a.w. atau sahabat
wanita yang lain ditolak dengan kata هَذَا بُهْتِانٌ عَظِيْمٌ. Di dalamnya juga terdapat larangan daripada menuduh dan memfitnah perempuan-perempuan yang mulia. Di dalam Surah al-Furqaan ini pula dikemukakan penolakan terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas oleh orang-orang kafir terhadap peribadi Rasulullah s.a.w.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Furqaan terdapat tiga ayat yang dimulakan dengan perkataan تِبِارَكَ .تِبِارَكَ  bererti Maha berkat.
(a) Antara dalil keberkatan Allah yang melimpah-ruah ialah adanya al-Qur'an itu sendiri (Ayat 1).
Al-Furqan 25:1
تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِۦ لِيَكُونَ لِلْعَٰلَمِينَ نَذِيرًا 
Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia).


(b) Dalil kedua keberkatan dan limpah kurnia Allah ialah sistem alam ciptaan Allah yang terdiri daripada bulan, matahari dan lain-lain (Ayat 61).
Al-Furqan 25:61
تَبَارَكَ ٱلَّذِى جَعَلَ فِى ٱلسَّمَآءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَٰجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا 
Mahasuci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar.

(c) Dalil ketiga bagi luasnya keberkatan dan limpah kurnia Allah ialah adanya ni'mat-ni'mat yang disediakan di akhirat berupa syurga dan singgahsana-singgahsana mewah yang terdapat di dalamnya
(Ayat: 10).

196

Tiada ulasan:

Catat Ulasan