Sabtu, Oktober 24, 2020

Tafsir asas quran nota 7(110).

Tafsir asas quran nota 7(110).

keimanan di dalam jiwa' Selain itu akan timbul juga perasaan gerun terhadap Allah dan harap kepadaNya.

(4) Untuk menolak kepercayaan karut dan memperbetul aqidah yang terpesong Allah bersumpah dengan bintang apabila ia menjunam dan sebagainya. Ia mengetuk
fikiran penyembah bintang-bintang atau planet-planet tertentu yang dipercayai mempunyai kuasa terhadap alam bawah. Maksud yang sama juga dalam satu  hadits rasulallah saw meskipun ia tidak menggunakan bahasa sumpah.
Lihat hadits  berkenaan dibawah ini.

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ قَالَ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عِلَاقَةَ قَالَ سَمِعْتُ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ يَقُولُ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ فَقَالَ النَّاسُ انْكَسَفَتْ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْجَلِيَ

Maksudnya: Mughirah bin Syu'bah rneriwayatkan. kata beliau. gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim (anaknda Rasulullah s.a.w.). Maka ada yang berkata, ia gerhana kerana kematian lbrahim. Mendengar kata-kata itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari sekian banyak tanda-tanda Allah'. Ia tidak gerhana kerana  kematian atau kehidupan sesiapa pun. Aabila berlaku
gerhana, berdoalah kamu kepada Allah dan bersembahyanglah sehingga ia hilang.
(Hadits riwayat al-Bukhari ).

(5) Selalu juga khususnya  juga Allah bersumpah untuk  menguat dan meneguhkan muqsam'alaih khususnya
apabila ia berkaritan dengan perkara-perkara ghaib seperti hari kebangkitan, perhitungan dan pembalasan.

(6) Menarik perhatian kepada perkara-perkara penting dan peristiwa-peristiwa  bersejarah yang berlaku di sesuatu tempat. Apabila Allah bersumpah dengan ar-Thur misalnya
maka ia bererti menarik perhatian manusia kepada tanda-tanda kebesaran AIlah berupab
mu'jizat yang dikurniaNya kepada Nabi Musa a.s. di tempat (bukit) tersebut.Allah bersumpah dengan al-Baladil Amin pula untuk menarik perhatian kita kepada
kemunculan lslam di Mekah. selain  menyatakan keistimewaannya kerana di situlah terletak al-Ka'batul  Mukarramah dan lain-lain benda yang penuh bersejarah dan keberkatan.

110

Tiada ulasan:

Catat Ulasan