Sabtu, Oktober 31, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(209)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)nota 10(209)

Zaman Diturunkan
Surah an-Naml diturunkan selepas Surah as-Syu'ara' di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, iaitu antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Ketika itu Rasulullah s.a.w. selain diragui, dituduh sebagai tukang sihir. Ketika itu juga pemimpin-pemimpin Quraisy yang menyembah berhala di Mekah dinasihati supaya mengambil i'tibar daripada raja perempuan kerajaan Saba' di Yaman yang telah memeluk Islam sedangkan sebelum itu dia termasuk di kalangan orang-orang yang menyembah matahari.

Perkaitan Di Antara Surah an-Naml Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah as-Syu'ara' manusia dinasihati supaya mengambil i'tibar daripada sikap-sikap negatif
bangsa-bangsa yang telah dibinasakan, sikap mereka ialah menolak seruan kepada kebenaran dan mendustakannya. Di dalam Surah an-Naml ini pula diberikan gambaran sebaliknya, manusia dinasihati mengambil sikap positif terhadap seruan agama yang benar seperti sikap yang telah diambil oleh raja perempuan Yaman yang telah menerima baik seruan Islam. Kerananya, dia telah berjaya di dunia dan diakhirat.

2.Di dalam Surah as-Syu'ara', sifat Allah عزيز dan رحيم dikemukakan beberapa kali untuk membuktikan
kebenaran tauhid, kekuasaan dan tauhid sifat. Di dalam Surah an-Naml ini pula tauhid uluhiyyah dan
haakimiyyah dikemukakan dalam bentuk soalan ءِإِله مِّعَ الله
(Adakah tuhan lain yang layak disembah bersama Allah?)

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini terdapat ayat tarji'. ia diulang sebanyak lima kali.
Untuk menolak aqidah syirik, ءِإِله مِّعَ اللهdikemukakan sebagai soalan sebanyak lima kali, perkataan ilaah digunakan disini dengan erti tuhan yang disembah dengan sebenar-benamya dan tuhan yang berkuasa, berkehendak dan Maha perkasa.
Di dalam ayat ke-60, setelah dikemukakan dalil kekuasaan Allah melalui penciptaan langit dan bumi, menurunkan hujan, lalu menumbuhkan tanaman-tanaman, manusia disoal ءِإِله مِّعَ الله  (Ayat: 60).
An-Naml 27:60
أَمَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتْنَا بِهِۦ حَدَآئِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنۢبِتُوا۟ شَجَرَهَآۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ 
Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).



Di dalam ayat ke-61, setelah dikemukakan dalil Allah sebagai tuhan yang menciptakan bumi dan mengadakan bukit-bukau dan sungai-sungai di atasnya, manusia disoal ءِإِله مِّعَ الله
Di dalam ayat seterusnya manusia diminta merenungi dirinya sendiri, dikatakan Allah mendengar seruan
orang yang gelisah dan terdesak lalu menghilangkannya. Manusia dijadikan sebagai khalifah, lalu kenapa Allah disekutukan dengan tuhan-tuhan yang lain? ءِإِله مِّعَ الله
(Ayat: 62).
An-Naml 27:62
أَمَّن يُجِيبُ ٱلْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ ٱلْأَرْضِۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ 
Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.



Di dalam ayat seterusnya dikemukakan dalil kekuasaan Allah bahawa Dia dapat menunjuk jalan
209



Tiada ulasan:

Catat Ulasan