Daurah tafsir 2019 sesi 11(24)nota11(191)
Sesi 10(22,23).
Perbandingan Di Antara Surah Al-Ahzab Dan Surah An-Nuur.
Kedua-dua surah ini banyak berbicara tentang hukum-hukum berkaitan wanita, kerana itu kedua-duanya
elok sekali dibaca bersama.
Surah al-Ahzaab (33)
Perkara :
1. Zaman Diturunkan
Surah al-Ahzaab (33)
diturunkan selepas perang ahzab pada tahun ke 4 dan ke 5 hijrah sedangkan mengikut tertib kitabi ia merupakan surah ke33.
Surah an-Nuur (24)
Diturunkan selepas Ghazwah Bani al-Mushthaliq pada bulan Sya'baan 6 Hijrah , setahun selepas diturunkan surah ahzab, sedangkan dalam tertib kitabi,kedudukannya terletak lebih dahulu daripada Surah al- Ahzaab
2.Mesej utama
Surah al-Ahzaab (33)
1. Tinggalkan kekufuran dan kemunafiqan dalam keadaan
menyedari tanggungjawab dan amanah.
2. Laksanakanlah hukum-hakam Islam dengan ikhlas, baik yang berkaitan dengan kekeluargaan, kemasyarakatan, ketenteraan, pemerintahan dan lain-lain.
Surah an-Nuur (24)
1. Tinggalkanlah kekufuran dan nifaq.
2. Ikutlah undang-undang kekeluargaan,kemasyarakatan dan jenayah Islam.
3. Janji memberi kuasa dan pemerintahan
3. Aktiviti Orang Munafiq
Surah al-Ahzaab (33)
Mereka menyerang peribadi Rasulullah s.a.w., kata mereka:
"Rasulullah s.a.w. telah berkahwin dengan bekas isteri
anak angkatnya", itu bererti Baginda berkahwin dengan
menantu sendiri. Selain itu macam-macam lagi gangguan
dan fitnah yang mereka ada-adakan untuk memburuk-
burukkan Nabi (Ayat: 48, 53,57,59 dan 69)
Surah an-Nuur (24)
Orang-orang munafiqin menuduh isteri Rasulullah s.a.w. atau sahabiah yang lain telah berzina. Ia merupakan salah satu peristiwa Ifk (Ayat 11-26).
191
Tiada ulasan:
Catat Ulasan