Tafsir asas quran nota 7(105).
Bermaksud: Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mu'jizat) yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami: maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan.
Sesungguhnyn kamu hanya akan dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja.(Thaaha:72).
Sesetengah ahli Nahu mengandaikan firman Allah والذى فطرنا sebagai qasam. Muqsam alaih
atau -jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah لن نوثرك yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialah.والذى فطرنا لن نوثرك, (Demi Tuhan
yang telah menciptakan kami, kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu).
(i) Apabila muqsam m'alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan haraf ف. Lihat contoh pada firman Allah berikut:
Al-Qasas 28:35
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَٰنًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَاۚ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنتُمَا وَمَنِ ٱتَّبَعَكُمَا ٱلْغَٰلِبُونَ
Bermaksud: Allah berfirman : "Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepada mu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak (akan) dapat
mengapa-apakan(berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mu'jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang (al-Qashash:35).
Sesetengah ahli Nahu mengandaikan haraf ب pada بايتنا didalam firman Allah di atas sebagai haraf qasam.
Muqsamalaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah ;
Al-Fajr 89:1
وَٱلْفَجْرِ
Al-Fajr 89:2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Al-Fajr 89:3
وَٱلشَّفْعِ وَٱلْوَتْرِ
Al-Fajr 89:4
وَٱلَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
Al-Fajr 89:5
هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ
Demi fajar,(1)
Demi malam yang sepuluh(2)
Demi yang genap dan yang ganjil(3)
Demi malam apabila berlalu(4)
Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal?(5)
105
Tiada ulasan:
Catat Ulasan