Selasa, Oktober 06, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms088

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms088

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 15
26 jan-14.

Misykatul masabiih 88

 
meninggalkan ajaran-ajaran dan tuntutan-tuntutan agama Islam yang lain. Darah dan harta benda seseorang yang melaksanakan tiga perkara itu sahaja sudah dijamin terpelihara daripada tindakan dan hukuman pihak pemerintah Islam. la tidak boleh diganggu-gugat Iagi selepas itu.
Jawapan kepada kemusykjlan ini ialah: 
(1) Di bawah kesaksian terhadap kerasulan Muhamad
s.a.w. sudah pun termasuk membenarkan segala apa (ajaran) yang dibawa baginda. Jadi tidak timbul soal menafikan ajaran-ajaran Islam yang lain selain tiga perkara yang tersebut di dalam hadits ini. Justeru Islam seseorang itu baru dikira sah apabila ia secara umumnya menerima dan membenarkan kesemua perintah Allah dan RasulNya.
Maksud hadits kesepuluh ini sebenarnya ialah -Aku diperintah supaya memerangi manusia sehingga mereka memeluk agama Islam sepenuhnya. Setelah memeluk agama Islam sepenuhnya, terpeliharalah darah dan harta benda mereka". (2) Rangkai kata إلا بحق الإسلام mengecualikan keterpeliharaan darah dan harta benda mereka jika hak-hak atau tuntutan-tuntutan Islam yang lain dicerobohi. Setelah melaksanakan tiga perkara yang tersebut di dalam hadits di atas, jika seseorang membunuh, dia akan diqisas. Jika mencuri. tangannya akan dipotong, jika menuduh seseorang berzina tanpa mengemukakan saksi, dia akan disebat lapan puluh sebatan dan jika harta orang dirosakkan, dia mestilah membayar ganti ruginya. Pemerintah Islam akan melaksanakan semua hukuman tersebut atas dasar hak yang diterima Islam dicerobohi. Hak-hak yang diakui dan diterima Islam untuk dini'mati penganut-penganutnya dan orang-orang kafir yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dalam contoh-contoh yang penulis kemukakan itu ialah hak untuk hidup, hak memiliki harta dan hak untuk hidup dalam masyarakat secara terhormat dan bermaruah. Hukuman-hukuman terhadap pencerobohan ke atas hak-hak itu tersebut dengan jelas di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah.

¹⁰⁴ Antara makna mendirikan sembahyang yang disebut oleh para Sulama' ialah: 
(1)Menunaikan sembahyang dengan cukup rukun dan syaratnya. 
(2) Menunaikan sembahyang dengan cukup rukun dan syaratnya secara berkekalan dan berterusan. 
(3) Menunaikan sembahyans tanpa rasa jemu dan malas di samping sentiasa berusaha menyempurnakannya. 
(4) Mengerjakan sembahyang yang difardhukan dengan sebaik mungkin. Perkataan "mendirikan sembahyang" yang tersebut di dalam hadits ini tidak bererti sembahyang itu hanya harus di kerjakan dalam keadaan berdiri sahaja atau perbuatan sembahyang itu hanya dalam bentuk berdiri sahaja. Penggunaan perkataan ini sebenarnya adalah berdasarkan satu qaedah Majaaz Mursal dalam ilmu Balaghah. Qaedah itu berbunyi, إطلاق الجزء وإرادة الكل
(Menyebutkan satu bahagian sahaja daripada sesuatu benda atau perkara, padahal yang dimaksudkan ialah kesemua sekali benda atau perkara itu). 

Sesetengah ulama' menyimpulkan hukum bunuh terhadap orang-orang yang meninggalkan sembahyang daripada hadits ini. Sama ada kerana mereka telah menjadi murtad dengan sebab meninggalkan sembahyang atau kerana adanya hukuman had iaitu dibunuh, jika tetap tidak mahu bersembahyang setelah dinasihati atau didera. 

Walaupun mereka tidaklah menjadi kafir atau murtad dengan sebab meninggalkan

88

Tiada ulasan:

Catat Ulasan